Jap. Jap. Bau apa ni?
Oh bau blog kepam rupanya!
Hah hah tak lawak!
Nak tahu tak aku ada beberapa perangai pelik tapi aku nak cerita satu je iaitu perangai obese obsess. kalau tak mahu tahu sila jangan baca perenggan seterusnya!
Sejak kecil aku adaaa je benda untuk dijadikan suatu obsession. Bila dah obsess dengan suatu benda tu aku akan suka benda tuuuu saje benda lain sebelah mata pun tak pandang dah. Lama mana aku suka itu ikut mudd mood aku lah bila dah bosan aku tak akan suka langsung, kadang kadang kalau tengok pun rasa menyumpah menyampah dan tak pandang pakai dua belah mata pon!
1. RIBENA
Ini berlaku zaman aku sebagai kanak kanak ribena, masa kat Sabah lagi. Aku lahirkan Sabah dilahirkan di Sabah sebab abah aku ada training ketenteraan kat situ untuk naik pangkat. tipulah aku hentam je sebenarnya, mánalah aku tahu aku belum lahir lagi! dah besar tak tanya pulak. Tak lama kemudian lahir lah aku dan dua orang adek lagi. aku sukaa sangat sangat ribena sampai aku minum susu sekejap je. (mungkin sebab tu aku pendek kot?) Lain benar dengan adik aku seorang tu minum susu sampai form berapa entah! hahah. Lama jugak lah berlarutan sampai pindah semenanjung, masuk tadika dan adik pon bertambah. Dari ribena yang botol kaca, beli dapat free hadiah bekas air yang bawah boleh isi makanan, patung ribena boleh gantung pada tingkap kereta, eh macam macam lagi lah aku dah lupa.
Mak pernah cerita, masa kecik abah selalu bawa yati join abah polish kereta (ke wax?ke sama?hoh apa apa jelah!).Yati abah letakkan atas bumbung kereta, kemudian abah picit sikit botol losyen kereta atas sehelai kain buruk khas untuk kereta kodok dia kot tak ingat kereta mana satu. Budak budak biasa lah kot suka kopi copy. Balik rumah aku pun terus ambil kain buruk, tuang sikit cordial ribena dan lap dinding ikut style abah polish kereta. Tengok tu tengok tu aku kecik kecik lagi dah baik ikut contoh abah.
Aku rasa kalau lah aku ada imaginary friend waktu kecik mesti dia ada rupa mascot ribena sikit. Tapi nasib baik aku tak ada.
ribena+longan kedai murni ss2
siapa terliur? AKU!
2. Nasi goreng kampung + fresh orange
Setiap kali. SETIAP KALI pergi kedai makan mesti aku makan ini punya. Orang ambil order pun dah tak tanya aku nak makan apa lagi dah. Dia tanya “macam biasa ke?”. Ini berlaku sepanjang aku sekolah rendah lah kot. Tak lama lepas tu aku berhenti secara tiba tiba kerana….
3. Kwetiow kerang Lau Wan + kerang rebus
Ini masa dah masuk sekolah menengah. Bermula dengan mak aku suatu hari ajak makan kueytiow ni. SETIAP KALI pergi restoran jaya aku pasti order! Lepas makan kueytiow ni aku tak pernah rasa kueytiow lain sedap dah. Serius ni aku tak tipu. Tapi ini mungkin limited edition hanya pada taste bud aku. Korang nak cuba sendiri boleh pergi Restoran Jaya kat Kelana Jaya. Tapi malam saja baru jumpa kueytiow kalau pergi siang silalah gigit jari. Sekarang ni kempunan kalau boleh nak bawak balik bandung je 10 ke 30 bungkus ke boleh lah aku buat makan sebulan.ok lah seminggu pon boleh.
Kerang rebus pun ada juga kat Restoran Jaya ni sebelah je dengan pakcik Lau Wan Kuey tiow kerang tadi. Sedap, kerang rebus cicah dengan sos pedas beserta kacang tumbuk kot. kalau pergi restoran jaya aku memang confuse nak pilih kueytiow ke nak kerang tapi kadang kadang beli je dua dua tamak punya pasal. lepas tu malas exercise dan gemuk.
teka teki. ini gemuk atau buncit?
4. Laksam + roti canai cecah kuah kari ayam
Ini aku suka sangat lagi lagi kalau pergi restoran jaya (lagi?). Hah iye lah memang situ je tempat aku dan family makan hehehe. Biasa nya lepas jogging kat taman tasik mppj tu mesti kitorang tepek balik lemak kat badan dengan makan salah satu daripada 2 benda ni. Ok lah aku tipu je sebenarnya tak biasa pun lepas jogging makan sebab tak jogging pun makan jugak. Yang selalunya yang tak jogging tu! Nak buat macam mana sekarang takut nak jogging sebab banyak penculik. ah alasan.
Yang laksam ni tak boleh belah langsung lah. Aku makan laksam macam biasa pakai sudu dan garpu tapi lain sikit, aku amik mesti satu gulung je lepastu gunting halus halus sebab aku kurang suka tapi kalau tak letak nanti rasa pelik pula kan tapi lepastu aku taruh banyak banyak diulang BANYAK BANYAK segala macam sayur dan BANYAK BANYAK juga kuah sampai banjir lepas tu letak sambal belacan. Aku rasa mesti pakcik kedai jaya tu panas je dengan aku tapi tak sampai hati nak marah sebab aku cantik sangat family aku pelanggan setia dia. Oh ya laksam dekat laksa shack pun aku suka jugak! Lagi lagi kalau ada orang belanja.
Banjir. Banjir air liur!
5. Durian
Aku tak tahulah kenapa mat salleh tak suka betul dengan durian. Rugilah mereka dan beruntunglah aku sebab kalau diorang tak suka durian maka kuranglah persaingan dan bolehlah kasi aku! Aku paling suka durian kat Perak sebab aku pernah jumpa satu pakcik ni dia jual durian memang betul betul ho-liau meh. Kalau tak salah aku dan family singgah lepas turun dari bukit merah laketown resort terus nampak dia dan lori durian dia. Sedap gila aku rasa nak minta pakcik tu jadikan aku sebagai anak sedara angkat dia supaya dia boleh poslaju durian-durian dia ke bandung ni sebab durian kat sini macam tak cukup rasa je. Siapa-siapa jumpa durian yang best tolonglah beritahu tolooong lah please! thank you in advance!
kempunan lah kau yati
6. Ikan keli
Hah yang ni mula waktu aku belajar kat KTT. Orang kata kalau ikan keli kat sepang tu pupus mungkin sebab aku lah. Mana tak nya, hari hari, aku ulang lagi lah mana tau korang tak percaya HARI HARI aku makan ikan keli yang kedai makcik kelantan tu punya. Baik gila lah makcik kelantan ni alahai aku tak berkesempatan nak tanya nama dia. Sorry lah makcik tapi saya sayang makcik lebih berbanding kedai makcik bawah. Sampai bandung aku bawak perangai ikan keli ini lagi dan cintaku terhadap ikan keli bertambah dalam dengan adanya kedai pecel lele (ikan keli goreng dan sambal berapi) dekat pangkalan damri (stesen bas). Sampai sekarang aku tak pernah bosan dengan ikan keli. Walaupun kau hodoh pada pandangan mata Zila tapi pada pandangan mata aku kau......
.................
.............
.........
....
.
......tetap ikan keli, goreng pon sodap!
7. Lumpia basah
Aku mula obsess dengan lumpia waktu first year program. Kan aku cakap tadi aku suka kueytiow kan , ha lumpia ni aku tersuka juga sebab rasa dia macam kueytiow. boleh la mengubat kerinduan terhadap kueytiow sikit. Tapi bahan dia tak pakai kueytiow langsung tapi dia pakai buah sengkuang yang rendam dalam kicap dan dikeringkan, taugeh, telur, kulit popia yang disapu dengan sos tepung jagung yang campur dengan gula macam gula melaka (seingat aku lah pasal aku pernah interview pakcik lumpia dulu siap buat video tapi video tu dah hilang haha tengoklah semangat kelumpiaan aku ni)
Aku suka sampai gila sampai aku berbuka puasa pakai lumpia basah je hari hari yaaaa sekali lagi rakan rakan cop sekalian HARI HARI HARI! kalau bukan bulan puasa pula aku sanggup jalan jauh jauh dari faculty (sini panggil FK ataupon fakultas kedokteran) ke gerbang tu semata mata nak beli lumpia sebagai santapan tengahari.
Dah la tengahari aku lunch dengan lumpia, petang balik tutor pun aku singgah lagi beli lumpia. Kalau hari tu aku perasaan tamak lebih aku belilah dua dan tapi kadang kadang tiga atau empat sebab ada orang kirim lah. Dah la tu, aku minta pedas pisan (pedas sangat) bukan pisan sekali, aku cakap kat dia aku mahu pedas pisan pisan pisan pisan (pedas sangat 4x) lepastu makan sambil berpeluh dan kadang kadang keluar air mata lepas tu diarrhea. itulah hari-hari tak makan benda lain selain lumpia. ok lah ok lah aku makan batagor kat kantin FK juga.
Tapi suatu hari aku terpengsan kat sekolah mungkin pasal hyperlumpiaemia hypoglycemia dan balik dari klinik aku demam panas sampai mengigau hahahaha ini lah penangan terpaling teruk sungguh sekali disebabkan masalah obsess ni. Tapi satu hari saja alhamdulillah. Lepastu sampai sekarang aku kurang sikit makan mungkin sebab dah muak dan sudah tukar orang buat lumpia, jadi kurang umph! Dahla naikkan harga. Perasan lumpia laku la tu. Memang pon.
ada rupa kueytiow sikit kan? rasa pon!sikit.
8. STEAK
Ahh ni aku punya obsession yang terbaru iaitu steak! Ini bermula sejak aku pergi makan kat Sierra, Jalan Dago Atas. Bukan sahaja pemandangan cantik (waktu malam je, siang aku tak pernah pergi) malah steak dia sangat sedap dan berpatutan!! Argh aku tipu je steak mahal tak boleh blah bagi aku yang miskin ni. Aku sangat menggemari rasa umami yang ada pada steak itu siapa yang baik hati boleh lah kasi aku bekalan steak selama setahun ke dua tiga tahun pun boleh, aku tetap terima tak ada masalah.
(aku tak rela letak gambar steak nanti aku teringin dah la sedang gemuk dan miskin.)
yati sedarlah kau boleh jadi begini kalau asek makan steak. kau akan jadi lebih cute.
woi woi yati apa pasal kau punya obsession semuaaaa nya pasal makanan??
17 comments:
lapau!!!!!!!
sedapnye air ribena longan tu.
hukhuk~
gemuk ker buncit..
bulat lar..ptut kepam..ader durian lOrh..hehe
laparnyerrrrr
huhuhu
durian tu paling sy tak tahan
nak try la lumpia basah tuhh.. :)
bila balik pJ? jom mkn kedai murni pekena air lily ..fuh best tu Yati..tp tulah kedai memanjang penuh, ikut nak besila jer time order..haha
hanna:
huhu sama lah tadi baru je lepas makan ayam masak kicap tapi lapar balik sebab buat entry ni!=_='
bulat:
haha boleh cuba lagi! :p
kembar sama nama nurhayati tulisan jawi:
mari lah datang bandung sini baru boleh dapat lumpia basah! :)
aziz:
huwaaaa tak tahu lah bila boleh balikkk macam tak ada cuti je huhu! lain kali boleh bawak tikar kalau nak pergi murni! haha
gila ah! da la tga lapar seh :))
yat..ichi bento pon ko obsess gak dulu kan..kekeke :P :P
alyn notnot:
hahah maafkan aku!
ayu:
haah betul jugak sebenarnya banyak lagi tapi aku malas nak letak mungkin kena buat obsession part 2 kot! :p
Xthan tgk entri nie........
lpar2..
wow..
ade ag ko obsess..huhhuhu
YOI JUICE...
huhu!!
hohoho.. MAKAN MAKAN MAKAN..
i loike!!! :)
salam ziarah..
kuatnya makang..
tapi orangnye masih c0mel jew..
bile nak up 'trafik'?
huhE.. ;0
MAK HAII..GEMOK LA KAU. AKU TGK MAKANAN2 KO TU PON AKU TADE SELERA. diet wey diet..ko tu da tue da nak kawen da tu...kang tade mase kang nk diet. hish jangan2...
ni pegi exercise tak nih. ko kalo tak lari every day satu pusingan abes a kau....gemok2.
jgn caye org ckp ko comel ke ape...tu bahasa kiasan ntk org gemok. WAKAKKAKAKa...ko boleh caye ckp dorang pabila dorang ckp..WAH YATI...DA LA CHANTEK...KURUS...KUAT MAKAN PLAK TUh....<100% caye>
intan: haha itu betol tapi sungguh sekejap!
atrasy: yati likes this! :)
azrai: haha tuh ar takda masalah boleh je insya-Allah! aku tengok ko nye follower da 1000 lebih da hah tahniah! ;)
ani: argh kenapa asal makan je kena gemok!!? ko tuh jimat duit sikit, makanan murah, bercuti mahal woi! sebaik lah aku takda obsess cuti kalau tak, tak dan pun nak exercise dan kawen!har har
yati!!! i sangat suka ur essay. Sangat berfeeling!!! ahhahahaha~
i loike...
tp, apsal sume makanan ek? hihi...
besar selera....hehe
好聊123 , 真人交友游戏 , 免费床友交友网 , 真人照片交友 , 派派同城交友聊天 , 免费交友qnssy , 免费交友徵婚网 , 免费交友约会网站 , 免费同城交友裸聊室 , 交友网免费
Post a Comment