Tuesday, March 16, 2010

WAWI, bukan tulisan jawi

Musim musim exam ni tiada lagi yang lebih enak melainkan gigitan manja oleh eragon ikan kecit yang lapar dengan kulit mati di pvj, atau suasana indah bandung yang sejuk sejuk sempoi di sierra dago atas sambil makan steak mahal..

Tapi semua tu tak boleh melawan perasaan rindu seorang anak yang miskin dan papa kedana kepada emaknya.

Huwaaaaaaaa!!!!!!! Hah jerit jangan sampai terkeluar suara bapok sudah.

isk isk uwaaaa nak balikk..yati rindu kat mak..

Sebenarnya lepas subuh tadi aku terus tido sebab tak tahan ngantuk sebab belum tido lagi dari lebih kurang jam 0000, biasalah ni waktu tido tunggang terbalik lagi lagi waktu exam. Eh sebenanya nak cerita sebelum tido tadi aku teringat kat family dah dan terus hantar message cinta untuk mak ngan abah:

“mak, abah, yati beli apple fuji 3 biji makan sorang Rp 14,000 = RM5.60 (mahal) tapi kelmarin yati beli limau mandarin 13 biji Rp 9000 = RM3.60 (murah) yati makan 5 kot yg lain yati bagi kawan waktu group discussion. Semua tu yati beli pakai credit card mak, :p terima kasih mak ngan abah, semoga mak abah dimurahkan rezeki, tenang hati, dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik dari umrah!saje wish awal2!rindu sangat!

Send to: WAWI, Abah Nadzir

Ha ha ha skema habis tak ingat rasa nak tampar diri pun ada.

apa pulaakk..esy korang ni, suka lah tu aku kutuk diri sendiri. ni bukan skema ar ni respek pada mak abah aku la hehe.

apa kaitan limau, epal, dengan umrah? teka teki teka tekuk sapa dapat jawab aku ketuk. pasal aku pun tak tahu kaitan dia, mungkin saje saje intro sambil nak cover malu nak cakap rindu, dah lah tetiba sahaja bagi message petang petang tak ada kerja ke?dah lah harga pun kau main hentam lebih kurang sahaja matematik pun salah.

Ehem. (ni takyah baca pun takpe)

WAWI tu singkatan nama mak aku, ada keturunan Wan tapi asal johor. ni abah aku la save cenggini ni.. (sebab aku mewarisi harta pusaka dari ayah aku cukuplah pakai henfon pusaka kalau nak beli hp si bintang kecil idola idaman aku E72 tu entah bila, aku yang miskin ini tak mampu siapa baik nak sedekah boleh, lepastu korang mesti cakap ewah ewaah banyak cantik!)

Siapa kata tak cun tolonglah buat amal banyak-banyak sebab tak lama lagi lah tu.

Abah Nadzir what the kebende? (apakebende) iyelah aku dah tak tahan sangat ada ke abah save nama dia sendiri ‘MejNadzirJPEP’ what the kebende lah abah aku ni hahhah dah la susah nak cari, korang tahu-tahulah tentera ni semua kawan kawan dia pun nama pergi save macam tu. ‘Mej’ dah berpuluh orang, huruf 'N' pulak tu. Aku pon jenuh nak cari patutlah message abah pun jarang! Sorry bah Lalu aku pun tukar lah tapi sebab tak mahu tukar sangat supaya tak hilang berkat lah konon cewahh tak delete lah Nadzir tu  maka jadilah Abah Nadzir.

Ha tu lah kan dah membazir je korang baca padahal tak ade apa pon aku dah warning kat atas tu korang baca jugak. Sorry lah aku tak tahan oh aku rasa seperti kena jelaskan jugak heh heh.

I miss you both, motherfather.

Lepas aku hantar message tu cam nak nangis je huwawaaa ape kes kau ni yati jiwang doh muahahha.. ah, bising kau. siapa cakap jiwang untuk pakwe makwe je, aku nak jiwang gak ngan parents aku, lagi dapat pahala lah kot muahahaha.(cara gelak moden yang terkini)

Aku sedih sebab tak dapat duduk bawah ketiak dekat ngan mak abah, aku tak bolih tengok muka mak ngan abah dari jarak dekat, cuma tengok gambar mak buat peace tengah berdiri depan abah yang sedang pose sambil tangan mencekik mencekak pinggang tu je.

Aku teringat ada orang penah kasitahu;





"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (dterima) lagi mabrur (berpahala)."
(Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.)

Bertuah lah siapa yang duk dekat tu tengok dengan kasih sayang pun dapat pahala. Tapi ini aku tak pasti lah sebab hadith dhaif tapi ini boleh pakai sebagai galakan ehh siapa yang lebih tahu bolihla bagi komen kat bawah sebab aku nak tahu please, and thank you in advance. yati apa kata kau cari sendiri?


Ah tak kisah lah tapi kan tapi kan (ini bukan typo taip banyak kali tapi aku memang tersuka cakap ulang-ulang) aku rinduuu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid, kalau aiman anak maid aku si penipu tu (dah la nama yati jugak ishh ha kan dah termengumpat i am so sorry) masih hidup aku rindu jugak..

..dan ini pasti bukan emosi sesaat atau sebab exam, sebab miskin dan sebagainya, bukan. Rindu yang memang betul betul rindu walaupun duk seberang laut je bukan jauh sangat poonn over la kau nih yati.

Dah tu memanglah dari luar aku nampak je seperti berhati keras jiwa selamber rock kapak eh yeke habis tu aku rindu jugak nak buat camne, jiwa rock ala ala dondang sayang aku juga mempunyai hak untuk merindui dan dirindui! ececeh mak minah you jiwang nampak aww! Wuf wuf! << tiru atrasy

Ehh aku cakap jiwa rock lah bukan the rock dengan spender nya!sekali dia masak baru kau tahu! (if you semey **smell** what the rock is cooking)

Baca tulisan 'To: Mother' tu je, ayam goreng dengan telur goreng siapa dulu ke tak ada kaitan!

Warning! Baca atas risiko sendiri, 18 tahun ke atas sahaja.

Mak,
Yati rindu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid walaupun yati tahu kadang2 balik tu bukan 24jam tengok mak pun, mak kerja dan kitorang adek beradek asek tengok axn dengan cerita korea je, tapi yati rindu nak jalan jalan pegi Restoran Jaya ke, shopping ke, sambil borak dalam kereta mak complain pasal rakan sekerja mak dan rakan sekolah yati, pasal adik2, pasal politik pasal masalah dunia, pasal perangai manusia, pasal ni, pasal tu.. dan cerita kitorang masa kecit kecit.. takpelah mak ulang banyak kali pun yati suka dengar mak cerita.

Mak oh mak,
Yati rindu nak kemas opis mak yang penuh dengan file cukai syarikat juta juta lemon,
yati rindu nak tolong mak type nombor file syarikat juta juta lemon dalam komputer mak,
yati rindu nak sembunyi tidur belakang kerusi mak waktu mak ada meeting dengan boss mak sampai mak pun tak ingat yati ada kat ofis mak, (aku ni memang keje tido je eh?)
yati rindu mak tapi yati harap boss mak tak baca blog yati lah, 
nanti kantoi pulak silapsilap kene potong!potong apa? Potong gaji lah! 
tapi insya-Allah tak kot sebab nenek selalu doakan mak naik pangkat haha sorry lah mak yati curi pasang telinga masa buat buat tido kat rumah nenek kat johor. (tu dia ‘tido’ lagi)

ala la la la mak, ala ala la mak mak (baca sambil nyanyi lagu alalalalatok jangan saman)
Yati rindu nak kemas handbag mak yang sentiasa penuh dan berat tu tak kiralah besar atau kecik, 
ia macam tempat persembunyian harta karun je tapi yati suka godek godek handbag mak, yati ikhlas mak, siyes ni walaupun tak dapat upah yati bangga sebab yati boleh cakap 
“ini genetik lah”
bila kawan asek tanya kenapa kau suka bawak beg besar dan isi macam-macam barang. Tapi kan mak, yati belum pernah lagi bawak tukul dalam handbag macam mak buat. Mungkin suatu hari nanti lepas yati ada anak dan nak hantar anak pegi asrama kot.ha ha mak mak. yati bangga dengan mak. dan handbag mak.

Mak aku dan ‘handbag’

Mak, mak,
Yati rindu kat mak sebab kadang kadang bila yati frust dengan orang sekeliling yang suka sakitkan hati yang mudah sangat sensitip ni mak mesti kasi yati idea untuk bagi jawapan yang kaw kaw punya, walaupun dah terlambat yati kasitau kat mak dan terlambat mak kasi jawapan tapi yati lega sebab ada geng macam mak dan yati simpan jawapan tu mana tahu orang tu buat lagi kan mak kan.

Maaakkk,
Yati tahu yati jarang email mak macam ani, yati segan dan yati tak ada lah cerita best untuk mak, dah la jarang sms, call apatah lagi, tapi yati selalu teringat kat mak abah, ani azi shila saidah latep amoroi the enau takoscos akochoii dengan majid kadang kadang sampai nangeh sorang sorang heee tak maluu da besa pon nangeh! Tapi yati rindu kat mak, nak balik tak bolih, ni semua salah FK lah ni dan salah aku makan steak banyak sangat sampai miskin.

yati yang duduk jauh ni cuma mampu doa je supaya Allah tolong jaga mak ngan abah, kadang-kadang sms, lepas tu terus tido walaupun tertinggal doa sebelum tido dengan harapan tak tekan snooze banyak kali lah!

Lepas menguap sambil tak tutup mulut aku pun terus tido lepas hantar message cinta to WAWI dan Abah Nadzir sambil terlupa baca doa sebelum tido!


hah hah siapa yang baca sampai habis tu? mentang-mentang lah aku tulis 18 tahun ke atas sahaja pakai tulisan merah semua pun mahu baca kan? yang tak baca bagus, kau memang innocent gile.. yang baca pun lagi baguss kau langsung tak innocent! ha ha tapi kesian mata kau orang kena tadah baca tulisan.

ps: Sorrylah rakan rakan aku tak stabil terpaksa tulis entry emo nih kat blog sebab malu nak cerita kat mak, korang jangan ah bising suruh aku pendekkan post ke suka aku lah aku buat blog ni sebagai therapy untuk aku supaya aku tak mudah bekeng dan suka marah marah orang! 
Haha padan muka kalau ada siapa yang pernah kena marah ngan aku. Sorry lah.
Ai baru je nak buat blog ni nyaahh..(bolih lah baca dengan gaya lelaki yang solehah)

Oh ye, doakan parents ngan nenek johor aku selamat pergi dan pulang dari buat umrah ye 18 Mac ni! Oh my gucci, lusa!?

Eh, harini kau orang dah contact mak ke belum? Rajin-rajinlah doakan mak ngan abah kau orang dan jaga hati mereka lagi-lagi yang 'berumur' pasal kita ni makin tua makin sensitip. macam aku lah sikit sikit sensitip sikit sikit merajuk tamparan diri mahu? eh tercerita pasal aku pula.

Rasulullah pernah pesan, maksud dia:




 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

hah, lepastu terdengar suara Nabil pulak cakap, 
"Lu fikirlah sendiri!"


Ai sayang mak ai tapi ai malu lah nak cakap nyaahh..!!

24 comments:

muniri said...

hahaha..nangis2 tahan sedih,sakit perut sbb gelak aku bace post ni..

MissNadeeya said...

kenapa aku x pernah nk gelak lagi eh bace entry yati??
keras ati sgt ke aku ni...
aiyark!!

Unknown said...

wow, sgt panjang ohh!!
jadi makin homesick aku bace entry nii!!:'(

Unknown said...

muniri:
hehe tq niri,aku homesick gila..

wewe:
ahh kau tengok cita orang sepet je kau gelaakk

aisyah:
sorry sorry sorry sorry
haha huwaaa aku nak tengok konset supe junier...

mR Ishaq said...

sedih

-wAn- said...

Mish parent???
mish me too...ha3

MissNadeeya said...

hahaha...
cite taiwan ponn aku gelak gak..
cite jepoon jerk yg kurang gelak...

Unknown said...

jahar: aloloh jahar jangan lah nangih hehehe

juzwan: tahu takpe, kau nak support aku balik tak?hehe

veve: lahh sama lah tu edisi sepet lah tu sume hahaha tengok aku dah cakap dah! aku suka gak tapi jepun punye ngantuk oh.hahaih..

hans said...

sangat panjang yer
hahahhaa

mazru said...

salam yatie..

kesian..banyakkan doa ye

Unknown said...

hans: tahu takpe, aku pun pening baca haha kene rasuk seh buat entry pepanjang!

mazru: thank you! :)

hambe Allah said...

salam.. nak nangis pon de ble bce entry cik yatee.. tp x jd nangis ble tgk gambar the rock..nangis dlm kgembiraan la.. skadar nk berkongsi.. Imam Nawawi berkate: hadis dhaif bleh djadikan fudhoil amal (kelebihan beramal). jd, bleh dgunakan sbg galakan.. wallahualam. sory pnjang..

Unknown said...

hamba Allah:
salam, hehe thank you sudi baca..
haha saje je letak the rock suruh jadi bodyguard kat sini hehe.

terima kasih lagi untuk info tu!!
:)

alah tak kisah lah panjang tengok entry ni, panjang betol tak ingat nak berenti waktu tulis! haha

my said...

incik yati..
hebat post kali ni..
membuatkan kita semua rindu pada parents kita..
kesian dia homesick..
takpe2..banyakkan bedoa ye!! :)
Mudah-mudahan Allah akan sentiasa menjaga dan merahmati kedua ibu-bapa kita..amiinn

yang pasal hadis dhaif tu..
kalu ikutkan hadis itu tidak boleh dijadikan sebagai fakta kerana hadis itu lemah..tapi ok skit la dari hadis palsu..:)

Chaiyokk!!Chaiyokk incik untuk exam!! :)

monkeyzz said...

nak baallliiikkkkk~~~!!!! ToT

hambe Allah said...

salam..xde cter bru lg ek?? nk gelak wat ilang stress ni.. heehe..
yg sye mksudkn 'sory pnjang' tu bkn post cik yatee, tp komen sye..
x ingat nk tulis kt komen lpas, hadis dhaif leh wat fudhoil amal tp xleh wat hujah..klu slap bgtau ek.. salam..

Amirah Rashid said...

wahh, rndu betul dgn mak dye ehh
xdpt nk bygkn mcm mne aku lps ni
dh la xprnh away from diorg -.-"

qamarguyz said...

salam ziarah..
alhamdulillah, berkat kesabaran & ketekunan dapat jG aku abiskan luahan hati k0 ni yatee..
suka cara penulisan k0..
semp0i..lawak jG..
maybe itu terapi terbaik dlm merawat rindu hati sendiri..
m0ga k0 & famili semua selamat berbahgia hingga ke hujungnya,,,,

mysterious_musafir said...

wewe...untuk merasa feel, bacalah sambil dengar suara yati...

seyes yati, masa baca ni, memang terbayang yati tgh bercerita kpd i!
Auww! haha...

steak!!! can't wait [walopun dah papa dan kedana..]

si para para said...

pagi yang sadis....

Unknown said...

monkeyz@jeje:
kau nak balik mana nii...
malaysia ke surabayaaa hah? hah?
hahaha

hamba Allah:
hehe belum lagi lah,
tunggulah lepas habis exam ni
insya-Allah,haha
thank you sudi baca!! :)

amirah:
tahu takpe aku homsik habis lah,
uwaaaaaaa... takpa weh, kau pun kena rasa homsik gak, baru lah adil muahahaha

Azrai:
wah wah kau baca juga ye haha malu wes.
tapi tak boleh lawan kau lah kan kan hehe :p
terima kasih ar banyak, tunjut ajar ku sifut!!

misteri nusanfana:
haha woi woi jangan bayangkan aku buat suara lelaki solehah sudah la ye nyaahhh, awww!! XD

para:
lahh..kau kenapa pagi pagi dah sadis ni..sian aku tengok, pegi makan rotee canai ke apa, haha.

djambu puadovich said...

olololooo~~

cuweeetnyeee...:P

hans said...

kehkehkehe
jin blog dah rasuk ko nih

Anonymous said...

美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室 , 美女主播聊天室

Related Posts with Thumbnails