Aku terbaca satu quote yang adik aku pernah letak kat status YM dia,,
'Procrastination is like masturbation. At first it feels good, but in the end you're only f %$*&^ yourself.'
Apa procrastinate tu?
Aku tanya pakcik Camjambatan dia cakap procrastinate is to keep delaying something that must be done. (Cambridge Advanced Learner’s Dictionary)
Aku paham maksudnya adalah berlengah-lengah buat kerja lah kan , kan , betul tak ni? Kalau salah bagitau.
Masturbation plak, aaa… aa…….
arggh lu cari lah sendiri!
Maka al-kisahnya suatu hari di pagi yang indah sejuk lagi berkabus di jatinangor (haha jangan jeles orang malaysia yang panas! :p ) aku pun bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam dah cukup tidur tapi malas nak bangun..adeh.. Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!
Set alarm kat handphone made in China, buy in Johor boleh buat 5 alarm semuanya aku set supaya aku boleh tidur selama 20 minit (konon konon nak nap lah padahal baru bangun nak nap apekebendenye entah?).
Alarm:
6.21am, 6.23am << untuk 20 minit lebih sikit, tapi takut tak terbangun,
6.33, 6.42 << tapi mana lah tahu terlajak sikit,
7.02 << ini kalau tak bangun lagi tak tahulah.
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tak terlajak tidur aku alihkan kipas ke laptop supaya laptop tak panas dan aku tak selesa sangat dan pakai selimut tebal supaya aku tak selesa sangat juga. Kalau lena sangat tido tu, amik kau kepanasan! Ini sebagai langkah berjaga lah.
20 minit pun perlalu…
30 minit..
Ini satu hal lagi, aku ni suka benar dengan butang snooze. Lagu shinee ring ding dong, f(x) chu, super junior noerago, super junior sorry sorry answer semuanya dah berbunyi lebih kurang 10 kali tapi aku tetap sabar sambil tekan snooze. Ini kadang kadang aku tak pasti lah, sama ada dalam mimpi, separuh sedar atau sengaja tekan snooze ni. Tapi rasanya lebih banyak separuh sedar, maksudnya sedar tapi buat buat tak sedar kot. Mungkin juga lagu-lagu tu yang membuaikan aku untuk tido lebih lama.
Aku kena contohi mamat ini. Tapi pastikan guna yang sterile!
Dan aku pun terjaga dengan panasnya (sebab tadi kan konon konon ambil langkah berjaga-jagalah tapi tak terjaga pon!!)
'Aku' bangun dan tengok jam.
OMG pukul 7.30! (frust sikit)
Cepat cepat mandi (ok lah aku tipu je, aku tengok laptop dan check facebook dulu). Oh hari ini tak ada kelas, cuci toilet sikit lah. Jom berus dinding, lantai, sinki dan jamban. Alang-alang menyeluk ikan masak pekasam lepas syempu rambut jum lah pakai conditioner skali supaya rambut tidak kering dan berkilat sebab selalunya malas sebab ada kelas. Ok kat sini dah ambil masa 30minit sekarang dah pukul 8 lebih (mungkin lebih sebab pergi check facebook dulu tadi).
Argh perut dah berkeroncong ni teringat mak pesan apa apa pon kena makan breakfast sebab breakfast itu penting supaya tak lapar sangat waktu tengahari dan lunch juga penting supaya tak lapar sangat waktu malam dan ini penting supaya kenyang sampai tak perlu makan malam dan tak gemuk!
Oklah supaya tak lama sangat masak dan boleh study lama sikit kita goreng hot dog je lah ye yati? Hmm amik lah 3ulas hotdog dan potong kecikkecik dan goreng lah ish goreng hotdog pon kena cerita sampai satu perenggan juga ke yati?
Ok hotdog dah siap disajikan bersama mocchacino panas lalu aku makan lah sambil tengok American Idol. Ada seorang yang aku minat tapi tiba tiba dah keluar awal-awal mungkin sebab dia ada cakap bahasa mexico lepas performance dan orang america pun tak berapa lah nak undi aku rasa lah. Ok dah habis, jum lah study, masih sempat lagi ni sebelum tutorial pukul 1 nanti.
Tutorial pukul 1. Presentation. Presentation. Break. Baca page seterusnya. LI baru. Balik pukul 3.30pm lebih sikit nak dekat pukul 4. Cuaca mendung. Sebab tak lunch sebelum pergi tutorial tadi, lapar.
Sampai pon rumah nasib baik tak hujan lagi. Lapar gila, jadi masak lah masakan simple je lah ayam masak kicap mungkin sebab homesick dan rindu mak punya ayam masak kicap. Sambil makan kena tengok movie sebab dah terbiasa kat rumah buat macam ni. Ok lah sebenarnya alasan je sebab malas nak belajar sambil makan lagipon bukan boleh masuk pon, makanan je yang berjaya masuk dalam perut. Alasan lagi. Kemudian laptop aku tutup supaya tidak lagi melayan nafsu malas ini dan mula bersemangat untuk study.
Hujan dah mula lebat, bunyi guruh makin kuat, kilat sabung menyabung. Cis tak jadi pula cubaan membuat pantun 3 kerat.
Kilat tiba tiba memancar terang macam lampu putih kemudian tiba-tiba bilik bergegar sebab guruh yang sangat kuat telah berbunyi 2 kali. Aku percaya penduduk jatinangor, lebih specific penghuni Browenely masih ingat kisah kilat ini terutama akochoi tengku sebab dia terus kuar bilik sambil buat suara macam nak nangis tapi sebenarnya tak nangis pon. itu siapa tahu?hehe. Ini aku masih ingat juga sebab masa ni tengah sembahyang magrib dan tengah nak rukuk (sambil dengar suara akocoi) tapi macam takut takut sebab guruh kuat sangat tapi rukuk jugak lah. Kalau nak mati pun asalkan dah semayang magrib!
Tiba-tiba…
Argh blackout lah pula kan terbaik lah kau ni jatinangor timing memang betul dah tu, waktu aku mula nak study lah kau nak blackout kan kan ??
Waktu blackout mula terisi dengan aktiviti silaturrahim (procrastination secara berjemaah) Browenely dengan permainan brain teaser oleh Ayu, makan popia oleh Zila dan Jeje, sambil tengok cerita katun Sinbad disajikan oleh Nurul melalui laptop beliau. Aku ni bukan nya bosan dengan cerita tu tapi macam biasalah kalau tengok cerita malam-malam ni biasanya tengok separuh je (kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai) sebab tertido. Kemudian bila aku ingat nak sambung tido dalam bilik masa tulah eletrik ada balik. Orang lain bersyukur ada letrik tapi aku geram sebab tengah ngantuk.
Aku pun berkata lagi dalam hati, “Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!”
Pengajaran:
Set lah alarm berapa banyak pon tapi kalau dah kerja suka berlengah nak study asek postpone kau janganlah berangan nak bangun! Huwaaaa yatiiii yatiiiiii… kau nak tahu tak,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya “Dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)
Ini konon konon aku tengah procrastinate.
Tapi masalahnye yati, ini bukan masa lapang dah, exam semakin dekat tapi kau masih tidur walaupun dengan buku tapi hakikatnya kau sedang tidur! Kalau mimpi pasal hematopoiesis ke Systemic Lupus Erythematous ke tak apa juga tapi ini kau mimpi mengarut kena kejar hantu lah dapat baby lah buat apaa huwaaaa yati kau dah tertipu seperti kebanyakan manusia!
Cara tidur aku waktu dengar lecture supaya tak kantoi. Apa kantoi kantoi, kantoi dalam exam takut tak yati?
Takut, takut. Ok ok sekarang tiada masa lagi untuk procrastinate, tiada masa lagi untuk mandi lama-lama atau masak makanan yang sedap tapi complex.sabar itu bagus yati tapi kena bertempat. Jangan lah kau sabar dan snooze banyak kali..adoi kau ni yati macam-macam hal. Apa yang penting adalah kerjasama! jangan buang masa lah.
Nabi Muhammad s.a.w. ada pesan lagi maksudnya:
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara.
Peluang masa mudamu sebelum tuamu; peluang masa sihatmu sebelum sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum matimu.”
Dan peluang baca buku, sebelum tak ada letrik!
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
Yati, jangan procrastinate!
Ps: cerita ni aku ada ubah sikit supaya bagi sedap jalan cerita. He he.
23 comments:
sngal la yati.. penat aku gelak.
analeigh tgh mnyusu anak die pn ttekan..
masturbate tu ape eh?
xtau la.. *innocentnye aku*
asal tajuk ko xkene ngan jalan cite?? haha
ok2..
aku wt pantun yg ko xsambung tu..
Hujan dah mula lebat, bunyi guruh makin kuat, kilat kian hebat..
kira ok gk la pantun tu.. hahaha
atrasy: haha aku cerita pasal aku tengah procrastinate lah,,xkan pasal masturB plak, itu kau buat lah dalam blog kau sendiri kalau tak malu ahah
wah kau memang mantab la weh terimas betulkan pantun haha
hahha.. ingtkn ko citer psal ko masturB.. hahaha.. sbb tu excited nk bace.. woff3.. haha
atrasy: bongok... hahahaha woi update blog ah, tapi tolong lah jangan buat pasal ko masturb dan sebagainya tolonglah! XD
uih2 panjangnye yatii..bestnya duduk jatinangor katenye sejuk tmpt tu mesti lg tak bngun2 kan..:) samola kite pun suke ttup alarm.
sewwai ngan tajuk akue br post..huhuhu!!!!
http://intanfazreen.blogspot.com/
aahhahahaha pjg betul entry dia sekali kuar idea perghh..!!! uncle seronok membacaanya..lebih 2 lagi isu masturBtd nih hahahha
quote yg bagus..izinkan uncle nak gunakan ayat ini utk sessi ceramah nanti ek..hahahah
huhu yati yati, patutla cakap
"nak tulis artikel kat blog kena pikir lama kejap"
hasilnya memang mantap sekali!!
best2! nak tulis macam yati gak! hehe..
pergkh.. igtkan entry pasal apa..haha..
btw, gambar last skli mcm anwar ibrahim.. =P
http://belogbagus.blogspot.com/
hhahahaa yati lawaks..tp ok jugakla coz mase blackout kali ni diisi dgn activiti yg agak best..haha :P
Pnjgny post...
pnt bace...
wanameer.blogspot.com
blog da up8..
okok sy x dapat gelak sbb sy x baca semua entry .. mmg pangai sy kot selain blog ttg artist or Dota mmg sy akan baca skip3
1st gratz sbb dah ada blog sdri .. huha ..
2nd mind power either nak keee x nak .. satu lg kena ingatkan .. apa2 yg kita buat adalah atas tindakan reaksi berantai (chain reaction) .. ingat hari kita b'mula dgn subuh, buruk subuh kita akan m'akibatkan benda2 lain pun t'kena lampiasnya
ps 1: (tiru yoyo) sy pun selalu m'jdkn yatee sbg idola .. argh kena insaf
ps 2: jgn singkirkan (ban) sy sbb tulis komen panjang2
deqya: hahah kalau macam tu, lepasni kena beli syringe and needle!
intan: sama tapi tak serupa tan, isi pun lain hehe
uncle: amik je lah uncle tak payah la nak minta izin, tapi kalau nak kasi duit saya terima! penat tunggu nuffnang ahah
misteri nusanfahna: sebenarnya bukan kena fikir lama, tapi procrastinate lama sangat! heh heh
shafiq: wah yeke? aku tak nampak lah pasal rabun dan gamba tu saja dengki tak mahu tunjuk identiti.
ayu: haha terima kasih lah tolonglah kalau ada lagi game lain sila kasitahu okey!
juz wan: haha sian sian tapi terima kasih sudi baca~ siap kasi komen lagi, really appreciate it! :)
izhar:
aku tak suruh pun kau gelak? oh takpe skip baca entry bosan aku ni, tapi past year questions kalau bolih jangan lah skip kalau tak menyesal kemudian hari!(yati kau pun sama)
1st terima kasih lah ye, kau tu pula bila nak ada blog
2nd terima kasih ingatkan!
ps 1:(aku tiru kau) apa pasal pula ni, jangan oh aku takut kau sesat je heh.
ps2: tak apa anda masih selamat dari proses penyingkiran.
hehe.. incik yatee, apa persamaan 2 terms dalam post ni..macam tiada yang berkenaan je...hehe tapi, best la baca...keep your good talent on blogging..hehe but no procrastinating!! hehe
ending cter ni x bleh expectla.. bleh tahan jln cter.. huhu.. tp buang mase bestla... hehe try wat cter len k..cter yg simple tp unik... salam.
my:
hehe apa yang tak berkenaan nye,
cuba fahami dua maksud tu
kemudian baca balik quote tu,
berkenan punye lah!
tq boss, :)
cik enon (anonymous)
tmekasih..
ok ok nanti i cuba buat cerita simple dan unik k, insya-Allah.
memang lah best buang masa, i pun lebih comfortable membuang masa haha tapi kesannya kemudian hari lah.
eh jap awak ni siapa yeh..lain kali letak nama kasi kenal ok?trimas! :)
tuan punya blog ni blaja kat mana? mcm kat tempat ada org salji jer..
blik tanah air nanti jgn lupa bawak balik ABC sekali..hehe
oit oit..smla kita..haha..bgn pagi2 bukak facebook dulu! yeah!!! hahahaa
waa.. rmai pminat u.. jeles i.. ajar la i sifu.. ajar la i.. hohoholicks..
para: salji lah sangat, debu ada lah hehe kita belaja kat bandung je, sebenarnya bukan bandung pun, sebelah bandung hahak.
emma:
haha biasalah budak-budak modern cam kita sekarang ni,hahahaa
atrasy:
peminat kebende nye itu suma suruh aku follow diorang balik la tu! ahah!
Gokillllll Abis hhhehhehehhehehhehe
hahahaaa sonop tul bace.nak nyibuk kat blog ni slalulah ehehh.
视频聊聊天室 , 外国视频聊天网 , 同城交友异性聊天室 , 深圳同性聊天室 , 免费异性聊天视频 , 真人秀聊天视频网站 , 微信色视频 , 夜色视频多人聊天室 , 直播视频免费色情聊天 , 视频交友
Post a Comment