Thursday, February 18, 2010

You MOTHERFATHER!!


eh kak, jangan la marah.
kan dah nampak ketiak.hehe.

takde ah ni bukan post pasal marah pon.
ni post pasal aku dah sakit rumah...HOMESICK!
i miss my MOTHERFATHER!!
huwahuwawwawa (ni bukan air mata buaya eh)

pasal ape homesick ni? tadi mak bagi gambar abah sakit tgh baring kat wad baru lepas ct scan,
sebak oh tengok.. T_T baru sekarang betul betul pecaya mak ngan abah dah tua huhu. tak mau lagi dengar birthday wish  "weh happy birthday, ko dah tua oh!" tak mau tak mau laaahh tu bukan wish tu macam doakan supaya cepat tua cepat dapat penyakit je.. =_='


abah kata pagi tadi dia sakit pinggang sangat rasa macam kena pijak, lagi ada hematuria (blood in urine) pastu terus pegi kjmc buat ct scan doc nampak ade kidney stone!!? (batu karang)
alahai siannya abah..xpelah bah, sakit tu salah satu kifarah dosa..

Saidatina Aishah kata, "Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa."

the culprit. syoh syoh dari abah!

dalam ct scan tu nampak batu cenggini lah kot rupanya (gamba pinjam dari sheikh google)
size : 3 x 6 mm

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang dah homesick, mari menggunakan perasan perasaan ini.cite ah pasal abah sikit.



jap. ini ke pekasam yang dimaksudkan dalam peribahasa tu??
selekeh hek lah kalau seluk sampai lengan! tak lalu dah nak makan wekk...

ok, abah saya adalah seorang army officer, anak bongsu dari 6 beradik, suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 10 anak. me included, heheh. abah garang gile masa dulu tapi sekarang dah baik sikit la kot. dulu masa kecik2 kalu kena marah mesti nangis punya lah, nangis sampai satu kampung dengar hahah.

tapi dah besar sikit, nangis kua air mata je pastu kunci pintu bilik, bajet abah nak pujuk ar kan tapi tak pon pastu bila lapar elok je turun makan nasi sambil tengok tv hehe.lapa tak tahan oh! sekarang ni adek adek pulak mewarisi suara high pitch ini lantas apabila menangis satu kampung pon dengar, dan mungkin jiran kepada kampung sebelah pun terdengar sayup2 suara ziana zain pun kalah itu dan kadang2 teran suara sikit macam misha omar.

misha omar.


anak sapa la ni.

eh. ini bukan cerita pasal abah.
ok ok, abah suka main golf, kadang2 terrer selalunya tak terer hehe. tipu je, abah terer la jugak kalau ada tournament selalu bawa balik hadiah radio besar hek, rice cooker (sendat rumah dengan rice cooker), perfume, eh macam2 lah tapi yang best bila dapat hadiah voucher parkson pastu pegi shopping ngan mak beli wedges 3 pasang dan towel banyak2 hahah. towel belambak kat rumah tapi tak pernah cukup! ada jin pakai kot??


'Abah' bukan nama sebenar.

eh janganlah salah faham, abah saya bukan lah seekor hamster. abah is a human.



ni abah dan mak kepada baby baju pink tu.
kenapa, tak percaya?
tak tipu, siyes! umur 'abah' dalam gamba ni ialah 10 tahun.
eh aku yang dah lebih 2 dekad (ke abad?) ni bila nak ada anak?? tercabar sikit.

akhir kata,
no cursing please! (dalam hati takpe)


'you MOTHERFATHER!'
sopan sikit.kot.


18 comments:

Alynn Notnot said...

hahahha. lawak lah entry ni! :))

muniri edogawa said...

haha..lawak guling2..
gamba yg jerit tu..aku imagine aica:D

yatee said...

haha,thank you notnot!
;,) (menangis kegembiraan blah la yati)

muniri is a human:
aica bukan nama sebenar,
eh pandai ko teka haha
mati aku bila dia da besar lalu membaca blog ini kihkih

Fyzal said...

senyum senyum baca entri ni... kalo le hamster pandai maen golf.. tiger woods takleh cari makan dah. :D

hans said...

kekeh
lawak entry nih

admin said...

balik la rumah.. hehe

dearist anys said...

haha.
gelak plak.

hamster pgg kayu golf.
comel jer.

~ نورحياتي ~ said...

lucu entry ni tau..
hahahaha..
nice one!! :)

p/s: pekasam tu menggelikan..btw,i follow u.. :)

Juz Wan said...

xla ckp pe...
juz glak je bce post nie...ha3

btw..

wanameer.blogspot.com

- latest blog in d unvrse -

jmput view..

yatee said...

fyzal: dengan scandal2 rimau kayu-kayan (tiger woods) rasanya beliau dah digam kot. chee ikut suka aku je nak gam orang hehe.

^Q^ ^o^ <<< hans dan anys sedang gelak! (hans yang bermisai.)

admin : oh sekarang takda cuti.. huhu.

nurhayati tulisan jawi : ehh nama kita sama laaa!! :D

yatee said...

juz wan : wah paling latest di suluruh cakerawala! selamat 'berblogging' (perosak bahasa) thank you sudi baca! :)

Murky said...

demm..funny gile entry neh..haha ..

Sarah Zulkefli said...

nice one

djambu puadovich said...

akak tu marah nampak ketiak xpe. sbb xda bulu2. kalo ada bulu baru a seram sejuk...isk3

yatee said...

sarah: tq~ hehe

djambu: agak ar, ko gelak nampak tak?ahaha

ZaaRz said...

ROFL...

Boleh tahan jugak ek posting2 sini..

hehe... mane la cedup gegambar tuh ? seswai denang post content motherfather nie..

oh ye, sekali baca.. macam motherfu.... haish.. rupe2nye motherfather. :P

yatee said...

zaarz: hehe tq! cedup kat sheikh google je.. :)

djambu puadovich said...

tak. sebab pakai baju lengan panjang :P

Related Posts with Thumbnails