Tuesday, March 16, 2010

WAWI, bukan tulisan jawi

Musim musim exam ni tiada lagi yang lebih enak melainkan gigitan manja oleh eragon ikan kecit yang lapar dengan kulit mati di pvj, atau suasana indah bandung yang sejuk sejuk sempoi di sierra dago atas sambil makan steak mahal..

Tapi semua tu tak boleh melawan perasaan rindu seorang anak yang miskin dan papa kedana kepada emaknya.

Huwaaaaaaaa!!!!!!! Hah jerit jangan sampai terkeluar suara bapok sudah.

isk isk uwaaaa nak balikk..yati rindu kat mak..

Sebenarnya lepas subuh tadi aku terus tido sebab tak tahan ngantuk sebab belum tido lagi dari lebih kurang jam 0000, biasalah ni waktu tido tunggang terbalik lagi lagi waktu exam. Eh sebenanya nak cerita sebelum tido tadi aku teringat kat family dah dan terus hantar message cinta untuk mak ngan abah:

“mak, abah, yati beli apple fuji 3 biji makan sorang Rp 14,000 = RM5.60 (mahal) tapi kelmarin yati beli limau mandarin 13 biji Rp 9000 = RM3.60 (murah) yati makan 5 kot yg lain yati bagi kawan waktu group discussion. Semua tu yati beli pakai credit card mak, :p terima kasih mak ngan abah, semoga mak abah dimurahkan rezeki, tenang hati, dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik dari umrah!saje wish awal2!rindu sangat!

Send to: WAWI, Abah Nadzir

Ha ha ha skema habis tak ingat rasa nak tampar diri pun ada.

apa pulaakk..esy korang ni, suka lah tu aku kutuk diri sendiri. ni bukan skema ar ni respek pada mak abah aku la hehe.

apa kaitan limau, epal, dengan umrah? teka teki teka tekuk sapa dapat jawab aku ketuk. pasal aku pun tak tahu kaitan dia, mungkin saje saje intro sambil nak cover malu nak cakap rindu, dah lah tetiba sahaja bagi message petang petang tak ada kerja ke?dah lah harga pun kau main hentam lebih kurang sahaja matematik pun salah.

Ehem. (ni takyah baca pun takpe)

WAWI tu singkatan nama mak aku, ada keturunan Wan tapi asal johor. ni abah aku la save cenggini ni.. (sebab aku mewarisi harta pusaka dari ayah aku cukuplah pakai henfon pusaka kalau nak beli hp si bintang kecil idola idaman aku E72 tu entah bila, aku yang miskin ini tak mampu siapa baik nak sedekah boleh, lepastu korang mesti cakap ewah ewaah banyak cantik!)

Siapa kata tak cun tolonglah buat amal banyak-banyak sebab tak lama lagi lah tu.

Abah Nadzir what the kebende? (apakebende) iyelah aku dah tak tahan sangat ada ke abah save nama dia sendiri ‘MejNadzirJPEP’ what the kebende lah abah aku ni hahhah dah la susah nak cari, korang tahu-tahulah tentera ni semua kawan kawan dia pun nama pergi save macam tu. ‘Mej’ dah berpuluh orang, huruf 'N' pulak tu. Aku pon jenuh nak cari patutlah message abah pun jarang! Sorry bah Lalu aku pun tukar lah tapi sebab tak mahu tukar sangat supaya tak hilang berkat lah konon cewahh tak delete lah Nadzir tu  maka jadilah Abah Nadzir.

Ha tu lah kan dah membazir je korang baca padahal tak ade apa pon aku dah warning kat atas tu korang baca jugak. Sorry lah aku tak tahan oh aku rasa seperti kena jelaskan jugak heh heh.

I miss you both, motherfather.

Lepas aku hantar message tu cam nak nangis je huwawaaa ape kes kau ni yati jiwang doh muahahha.. ah, bising kau. siapa cakap jiwang untuk pakwe makwe je, aku nak jiwang gak ngan parents aku, lagi dapat pahala lah kot muahahaha.(cara gelak moden yang terkini)

Aku sedih sebab tak dapat duduk bawah ketiak dekat ngan mak abah, aku tak bolih tengok muka mak ngan abah dari jarak dekat, cuma tengok gambar mak buat peace tengah berdiri depan abah yang sedang pose sambil tangan mencekik mencekak pinggang tu je.

Aku teringat ada orang penah kasitahu;





"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (dterima) lagi mabrur (berpahala)."
(Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.)

Bertuah lah siapa yang duk dekat tu tengok dengan kasih sayang pun dapat pahala. Tapi ini aku tak pasti lah sebab hadith dhaif tapi ini boleh pakai sebagai galakan ehh siapa yang lebih tahu bolihla bagi komen kat bawah sebab aku nak tahu please, and thank you in advance. yati apa kata kau cari sendiri?


Ah tak kisah lah tapi kan tapi kan (ini bukan typo taip banyak kali tapi aku memang tersuka cakap ulang-ulang) aku rinduuu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid, kalau aiman anak maid aku si penipu tu (dah la nama yati jugak ishh ha kan dah termengumpat i am so sorry) masih hidup aku rindu jugak..

..dan ini pasti bukan emosi sesaat atau sebab exam, sebab miskin dan sebagainya, bukan. Rindu yang memang betul betul rindu walaupun duk seberang laut je bukan jauh sangat poonn over la kau nih yati.

Dah tu memanglah dari luar aku nampak je seperti berhati keras jiwa selamber rock kapak eh yeke habis tu aku rindu jugak nak buat camne, jiwa rock ala ala dondang sayang aku juga mempunyai hak untuk merindui dan dirindui! ececeh mak minah you jiwang nampak aww! Wuf wuf! << tiru atrasy

Ehh aku cakap jiwa rock lah bukan the rock dengan spender nya!sekali dia masak baru kau tahu! (if you semey **smell** what the rock is cooking)

Baca tulisan 'To: Mother' tu je, ayam goreng dengan telur goreng siapa dulu ke tak ada kaitan!

Warning! Baca atas risiko sendiri, 18 tahun ke atas sahaja.

Mak,
Yati rindu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid walaupun yati tahu kadang2 balik tu bukan 24jam tengok mak pun, mak kerja dan kitorang adek beradek asek tengok axn dengan cerita korea je, tapi yati rindu nak jalan jalan pegi Restoran Jaya ke, shopping ke, sambil borak dalam kereta mak complain pasal rakan sekerja mak dan rakan sekolah yati, pasal adik2, pasal politik pasal masalah dunia, pasal perangai manusia, pasal ni, pasal tu.. dan cerita kitorang masa kecit kecit.. takpelah mak ulang banyak kali pun yati suka dengar mak cerita.

Mak oh mak,
Yati rindu nak kemas opis mak yang penuh dengan file cukai syarikat juta juta lemon,
yati rindu nak tolong mak type nombor file syarikat juta juta lemon dalam komputer mak,
yati rindu nak sembunyi tidur belakang kerusi mak waktu mak ada meeting dengan boss mak sampai mak pun tak ingat yati ada kat ofis mak, (aku ni memang keje tido je eh?)
yati rindu mak tapi yati harap boss mak tak baca blog yati lah, 
nanti kantoi pulak silapsilap kene potong!potong apa? Potong gaji lah! 
tapi insya-Allah tak kot sebab nenek selalu doakan mak naik pangkat haha sorry lah mak yati curi pasang telinga masa buat buat tido kat rumah nenek kat johor. (tu dia ‘tido’ lagi)

ala la la la mak, ala ala la mak mak (baca sambil nyanyi lagu alalalalatok jangan saman)
Yati rindu nak kemas handbag mak yang sentiasa penuh dan berat tu tak kiralah besar atau kecik, 
ia macam tempat persembunyian harta karun je tapi yati suka godek godek handbag mak, yati ikhlas mak, siyes ni walaupun tak dapat upah yati bangga sebab yati boleh cakap 
“ini genetik lah”
bila kawan asek tanya kenapa kau suka bawak beg besar dan isi macam-macam barang. Tapi kan mak, yati belum pernah lagi bawak tukul dalam handbag macam mak buat. Mungkin suatu hari nanti lepas yati ada anak dan nak hantar anak pegi asrama kot.ha ha mak mak. yati bangga dengan mak. dan handbag mak.

Mak aku dan ‘handbag’

Mak, mak,
Yati rindu kat mak sebab kadang kadang bila yati frust dengan orang sekeliling yang suka sakitkan hati yang mudah sangat sensitip ni mak mesti kasi yati idea untuk bagi jawapan yang kaw kaw punya, walaupun dah terlambat yati kasitau kat mak dan terlambat mak kasi jawapan tapi yati lega sebab ada geng macam mak dan yati simpan jawapan tu mana tahu orang tu buat lagi kan mak kan.

Maaakkk,
Yati tahu yati jarang email mak macam ani, yati segan dan yati tak ada lah cerita best untuk mak, dah la jarang sms, call apatah lagi, tapi yati selalu teringat kat mak abah, ani azi shila saidah latep amoroi the enau takoscos akochoii dengan majid kadang kadang sampai nangeh sorang sorang heee tak maluu da besa pon nangeh! Tapi yati rindu kat mak, nak balik tak bolih, ni semua salah FK lah ni dan salah aku makan steak banyak sangat sampai miskin.

yati yang duduk jauh ni cuma mampu doa je supaya Allah tolong jaga mak ngan abah, kadang-kadang sms, lepas tu terus tido walaupun tertinggal doa sebelum tido dengan harapan tak tekan snooze banyak kali lah!

Lepas menguap sambil tak tutup mulut aku pun terus tido lepas hantar message cinta to WAWI dan Abah Nadzir sambil terlupa baca doa sebelum tido!


hah hah siapa yang baca sampai habis tu? mentang-mentang lah aku tulis 18 tahun ke atas sahaja pakai tulisan merah semua pun mahu baca kan? yang tak baca bagus, kau memang innocent gile.. yang baca pun lagi baguss kau langsung tak innocent! ha ha tapi kesian mata kau orang kena tadah baca tulisan.

ps: Sorrylah rakan rakan aku tak stabil terpaksa tulis entry emo nih kat blog sebab malu nak cerita kat mak, korang jangan ah bising suruh aku pendekkan post ke suka aku lah aku buat blog ni sebagai therapy untuk aku supaya aku tak mudah bekeng dan suka marah marah orang! 
Haha padan muka kalau ada siapa yang pernah kena marah ngan aku. Sorry lah.
Ai baru je nak buat blog ni nyaahh..(bolih lah baca dengan gaya lelaki yang solehah)

Oh ye, doakan parents ngan nenek johor aku selamat pergi dan pulang dari buat umrah ye 18 Mac ni! Oh my gucci, lusa!?

Eh, harini kau orang dah contact mak ke belum? Rajin-rajinlah doakan mak ngan abah kau orang dan jaga hati mereka lagi-lagi yang 'berumur' pasal kita ni makin tua makin sensitip. macam aku lah sikit sikit sensitip sikit sikit merajuk tamparan diri mahu? eh tercerita pasal aku pula.

Rasulullah pernah pesan, maksud dia:




 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

hah, lepastu terdengar suara Nabil pulak cakap, 
"Lu fikirlah sendiri!"


Ai sayang mak ai tapi ai malu lah nak cakap nyaahh..!!

Thursday, March 11, 2010

Procrastination dan MasturB

Aku terbaca satu quote yang adik aku pernah letak kat status YM dia,,

'Procrastination is like masturbation.  At first it feels good, but in the end you're only f %$*&^ yourself.'


Apa procrastinate tu?

Aku tanya pakcik Camjambatan dia cakap procrastinate is to keep delaying something that must be done. (Cambridge Advanced Learner’s Dictionary)

Aku paham maksudnya adalah berlengah-lengah buat kerja lah kan, kan, betul tak ni? Kalau salah bagitau.

Masturbation plak, aaa… aa…….

arggh lu cari lah sendiri!

Maka al-kisahnya suatu hari di pagi yang indah sejuk lagi berkabus di jatinangor (haha jangan jeles orang malaysia yang panas! :p ) aku pun bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam dah cukup tidur tapi malas nak bangun..adeh.. Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!

Set alarm kat handphone made in China, buy in Johor boleh buat 5 alarm semuanya aku set supaya aku boleh tidur selama 20 minit (konon konon nak nap lah padahal baru bangun nak nap apekebendenye entah?).

Alarm:
6.21am, 6.23am << untuk 20 minit lebih sikit, tapi takut tak terbangun,
6.33, 6.42 << tapi mana lah tahu terlajak sikit,
7.02 << ini kalau tak bangun lagi tak tahulah.

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tak terlajak tidur aku alihkan kipas ke laptop supaya laptop tak panas dan aku tak selesa sangat dan pakai selimut tebal supaya aku tak selesa sangat juga. Kalau lena sangat tido tu, amik kau kepanasan! Ini sebagai langkah berjaga lah.

20 minit pun perlalu…

30 minit..

Ini satu hal lagi, aku ni suka benar dengan butang snooze. Lagu shinee ring ding dong, f(x) chu, super junior noerago, super junior sorry sorry answer semuanya dah berbunyi lebih kurang 10 kali tapi aku tetap sabar sambil tekan snooze. Ini kadang kadang aku tak pasti lah, sama ada dalam mimpi, separuh sedar atau sengaja tekan snooze ni. Tapi rasanya lebih banyak separuh sedar, maksudnya sedar tapi buat buat tak sedar kot. Mungkin juga lagu-lagu tu yang membuaikan aku untuk tido lebih lama.

Aku kena contohi mamat ini. Tapi pastikan guna yang sterile!

Dan aku pun terjaga dengan panasnya (sebab tadi kan konon konon ambil langkah berjaga-jagalah tapi tak terjaga pon!!)

'Aku' bangun dan tengok jam.

OMG pukul 7.30! (frust sikit)

Cepat cepat mandi (ok lah aku tipu je, aku tengok laptop dan check facebook dulu). Oh hari ini tak ada kelas, cuci toilet sikit lah. Jom berus dinding, lantai, sinki dan jamban. Alang-alang menyeluk ikan masak pekasam lepas syempu rambut jum lah pakai conditioner skali supaya rambut tidak kering dan berkilat sebab selalunya malas sebab ada kelas. Ok kat sini dah ambil masa 30minit sekarang dah pukul 8 lebih (mungkin lebih sebab pergi check facebook dulu tadi).

Argh perut dah berkeroncong ni teringat mak pesan apa apa pon kena makan breakfast sebab breakfast itu penting supaya tak lapar sangat waktu tengahari dan lunch juga penting supaya tak lapar sangat waktu malam dan ini penting supaya kenyang sampai tak perlu makan malam dan tak gemuk!

Oklah supaya tak lama sangat masak dan boleh study lama sikit kita goreng hot dog je lah ye yati? Hmm amik lah 3ulas hotdog dan potong kecikkecik dan goreng lah ish goreng hotdog pon kena cerita sampai satu perenggan juga ke yati?

Ok hotdog dah siap disajikan bersama mocchacino panas lalu aku makan lah sambil tengok American Idol. Ada seorang yang aku minat tapi tiba tiba dah keluar awal-awal mungkin sebab dia ada cakap bahasa mexico lepas performance dan orang america pun tak berapa lah nak undi aku rasa lah. Ok dah habis, jum lah study, masih sempat lagi ni sebelum tutorial pukul 1 nanti.

Tutorial pukul 1. Presentation. Presentation. Break. Baca page seterusnya. LI baru. Balik pukul 3.30pm lebih sikit nak dekat pukul 4. Cuaca mendung. Sebab tak lunch sebelum pergi tutorial tadi, lapar.

Sampai pon rumah nasib baik tak hujan lagi. Lapar gila, jadi masak lah masakan simple je lah ayam masak kicap mungkin sebab homesick dan rindu mak punya ayam masak kicap. Sambil makan kena tengok movie sebab dah terbiasa kat rumah buat macam ni. Ok lah sebenarnya alasan je sebab malas nak belajar sambil makan lagipon bukan boleh masuk pon, makanan je yang berjaya masuk dalam perut. Alasan lagi. Kemudian laptop aku tutup supaya tidak lagi melayan nafsu malas ini dan mula bersemangat untuk study.

Hujan dah mula lebat, bunyi guruh makin kuat, kilat sabung menyabung. Cis tak jadi pula cubaan membuat pantun 3 kerat.

Kilat tiba tiba memancar terang macam lampu putih kemudian tiba-tiba bilik bergegar sebab guruh yang sangat kuat telah berbunyi 2 kali. Aku percaya penduduk jatinangor, lebih specific penghuni Browenely masih ingat kisah kilat ini terutama akochoi tengku sebab dia terus kuar bilik sambil buat suara macam nak nangis tapi sebenarnya tak nangis pon. itu siapa tahu?hehe. Ini aku masih ingat juga sebab masa ni tengah sembahyang magrib dan tengah nak rukuk (sambil dengar suara akocoi) tapi macam takut takut sebab guruh kuat sangat tapi rukuk jugak lah. Kalau nak mati pun asalkan dah semayang magrib!

Tiba-tiba…

Argh blackout lah pula kan terbaik lah kau ni jatinangor timing memang betul dah tu, waktu aku mula nak study lah kau nak blackout kan kan??

Waktu blackout mula terisi dengan aktiviti silaturrahim (procrastination secara berjemaah) Browenely dengan permainan brain teaser oleh Ayu, makan popia oleh Zila dan Jeje, sambil tengok cerita katun Sinbad disajikan oleh Nurul melalui laptop beliau. Aku ni bukan nya bosan dengan cerita tu tapi macam biasalah kalau tengok cerita malam-malam ni biasanya tengok separuh je (kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai) sebab tertido. Kemudian bila aku ingat nak sambung tido dalam bilik masa tulah eletrik ada balik. Orang lain bersyukur ada letrik tapi aku geram sebab tengah ngantuk.

Aku pun berkata lagi dalam hati, “Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!”

Macam-macam hal!

Pengajaran:

Set lah alarm berapa banyak pon tapi kalau dah kerja suka berlengah nak study asek postpone kau janganlah berangan nak bangun! Huwaaaa yatiiii yatiiiiii… kau nak tahu tak,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya “Dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ini konon konon aku tengah procrastinate.

Tapi masalahnye yati, ini bukan masa lapang dah, exam semakin dekat tapi kau masih tidur walaupun dengan buku tapi hakikatnya kau sedang tidur! Kalau mimpi pasal hematopoiesis ke Systemic Lupus Erythematous ke tak apa juga tapi ini kau mimpi mengarut kena kejar hantu lah dapat baby lah buat apaa huwaaaa yati kau dah tertipu seperti kebanyakan manusia!

Cara tidur aku waktu dengar lecture supaya tak kantoi. Apa kantoi kantoi, kantoi dalam exam takut tak yati?

Takut, takut. Ok ok sekarang tiada masa lagi untuk procrastinate, tiada masa lagi untuk mandi lama-lama atau masak makanan yang sedap tapi complex.sabar itu bagus yati tapi kena bertempat. Jangan lah kau sabar dan snooze banyak kali..adoi kau ni yati macam-macam hal. Apa yang penting adalah kerjasama! jangan buang masa lah.

Nabi Muhammad s.a.w. ada pesan lagi maksudnya: 
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara.
Peluang masa mudamu sebelum tuamu; peluang masa sihatmu sebelum sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum matimu.”

Dan peluang baca buku, sebelum tak ada letrik!

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Yati, jangan procrastinate!


Ps: cerita ni aku ada ubah sikit supaya bagi sedap jalan cerita. He he.

Friday, March 5, 2010

Obsession. Dijamin bukan lirik lagu.







Jap. Jap. Bau apa ni?

Oh bau blog kepam rupanya!

Hah hah tak lawak!

Nak tahu tak aku ada beberapa perangai pelik tapi aku nak cerita satu je iaitu perangai obese obsess. kalau tak mahu tahu sila jangan baca perenggan seterusnya!


Sejak kecil aku adaaa je benda untuk dijadikan suatu obsession. Bila dah obsess dengan suatu benda tu aku akan suka benda tuuuu saje benda lain sebelah mata pun tak pandang dah. Lama mana aku suka itu ikut mudd mood aku lah bila dah bosan aku tak akan suka langsung, kadang kadang kalau tengok pun rasa menyumpah menyampah dan tak pandang pakai dua belah mata pon!



1. RIBENA

Ini berlaku zaman aku sebagai kanak kanak ribena, masa kat Sabah lagi. Aku lahirkan Sabah dilahirkan di Sabah sebab abah aku ada training ketenteraan kat situ untuk naik pangkat. tipulah aku hentam je sebenarnya, mánalah aku tahu aku belum lahir lagi! dah besar tak tanya pulak. Tak lama kemudian lahir lah aku dan dua orang adek lagi. aku sukaa sangat sangat ribena sampai aku minum susu sekejap je. (mungkin sebab tu aku pendek kot?) Lain benar dengan adik aku seorang tu minum susu sampai form berapa entah! hahah. Lama jugak lah berlarutan sampai pindah semenanjung, masuk tadika dan adik pon bertambah. Dari ribena yang botol kaca, beli dapat free hadiah bekas air yang bawah boleh isi makanan, patung ribena boleh gantung pada tingkap kereta, eh macam macam lagi lah aku dah lupa.

Mak pernah cerita, masa kecik abah selalu bawa yati join abah polish kereta (ke wax?ke sama?hoh apa apa jelah!).Yati abah letakkan atas bumbung kereta, kemudian abah picit sikit botol losyen kereta atas sehelai kain buruk khas untuk kereta kodok dia kot tak ingat kereta mana satu. Budak budak biasa lah kot suka kopi copy. Balik rumah aku pun terus ambil kain buruk, tuang sikit cordial ribena dan lap dinding ikut style abah polish kereta. Tengok tu tengok tu aku kecik kecik lagi dah baik ikut contoh abah.

Aku rasa kalau lah aku ada imaginary friend waktu kecik mesti dia ada rupa mascot ribena sikit. Tapi nasib baik aku tak ada.

ribena+longan kedai murni ss2
siapa terliur? AKU!



 2. Nasi goreng kampung + fresh orange

Setiap kali. SETIAP KALI pergi kedai makan mesti aku makan ini punya. Orang ambil order pun dah tak tanya aku nak makan apa lagi dah. Dia tanya “macam biasa ke?”. Ini berlaku sepanjang aku sekolah rendah lah kot. Tak lama lepas tu aku berhenti secara tiba tiba kerana….



3. Kwetiow kerang Lau Wan + kerang rebus

Ini masa dah masuk sekolah menengah. Bermula dengan mak aku suatu hari ajak makan kueytiow ni. SETIAP KALI pergi restoran jaya aku pasti order! Lepas makan kueytiow ni aku tak pernah rasa kueytiow lain sedap dah. Serius ni aku tak tipu. Tapi ini mungkin limited edition hanya pada taste bud aku. Korang nak cuba sendiri boleh pergi Restoran Jaya kat Kelana Jaya. Tapi malam saja baru jumpa kueytiow kalau pergi siang silalah gigit jari. Sekarang ni kempunan kalau boleh nak bawak balik bandung je 10 ke 30 bungkus ke boleh lah aku buat makan sebulan.ok lah seminggu pon boleh.

Kerang rebus pun ada juga kat Restoran Jaya ni sebelah je dengan pakcik Lau Wan Kuey tiow kerang tadi. Sedap, kerang rebus cicah dengan sos pedas beserta kacang tumbuk kot. kalau pergi restoran jaya aku memang confuse nak pilih kueytiow ke nak kerang tapi kadang kadang beli je dua dua tamak punya pasal. lepas tu malas exercise dan gemuk.

teka teki. ini gemuk atau buncit?



4. Laksam + roti canai cecah kuah kari ayam

Ini aku suka sangat lagi lagi kalau pergi restoran jaya (lagi?). Hah iye lah memang situ je tempat aku dan family makan hehehe. Biasa nya lepas jogging kat taman tasik mppj tu mesti kitorang tepek balik lemak kat badan dengan makan salah satu daripada 2 benda ni. Ok lah aku tipu je sebenarnya tak biasa pun lepas jogging makan sebab tak jogging pun makan jugak. Yang selalunya yang tak jogging tu! Nak buat macam mana sekarang takut nak jogging sebab banyak penculik. ah alasan.

Yang laksam ni tak boleh belah langsung lah. Aku makan laksam macam biasa pakai sudu dan garpu tapi lain sikit, aku amik mesti satu gulung je lepastu gunting halus halus sebab aku kurang suka tapi kalau tak letak nanti rasa pelik pula kan tapi lepastu aku taruh banyak banyak diulang BANYAK BANYAK segala macam sayur dan BANYAK BANYAK juga kuah sampai banjir lepas tu letak sambal belacan. Aku rasa mesti pakcik kedai jaya tu panas je dengan aku tapi tak sampai hati nak marah sebab aku cantik sangat family aku pelanggan setia dia. Oh ya laksam dekat laksa shack pun aku suka jugak! Lagi lagi kalau ada orang belanja.

Banjir. Banjir air liur!



5. Durian

Aku tak tahulah kenapa mat salleh tak suka betul dengan durian. Rugilah mereka dan beruntunglah aku sebab kalau diorang tak suka durian maka kuranglah persaingan dan bolehlah kasi aku! Aku paling suka durian kat Perak sebab aku pernah jumpa satu pakcik ni dia jual durian memang betul betul ho-liau meh. Kalau tak salah aku dan family singgah lepas turun dari bukit merah laketown resort terus nampak dia dan lori durian dia. Sedap gila aku rasa nak minta pakcik tu jadikan aku sebagai anak sedara angkat dia supaya dia boleh poslaju durian-durian dia ke bandung ni sebab durian kat sini macam tak cukup rasa je. Siapa-siapa jumpa durian yang best tolonglah beritahu tolooong lah please! thank you in advance!

kempunan lah kau yati



6. Ikan keli

Hah yang ni mula waktu aku belajar kat KTT. Orang kata kalau ikan keli kat sepang tu pupus mungkin sebab aku lah. Mana tak nya, hari hari, aku ulang lagi lah mana tau korang tak percaya HARI HARI aku makan ikan keli yang kedai makcik kelantan tu punya. Baik gila lah makcik kelantan ni alahai aku tak berkesempatan nak tanya nama dia. Sorry lah makcik tapi saya sayang makcik lebih berbanding kedai makcik bawah. Sampai bandung aku bawak perangai ikan keli ini lagi dan cintaku terhadap ikan keli bertambah dalam dengan adanya kedai pecel lele (ikan keli goreng dan sambal berapi) dekat pangkalan damri (stesen bas). Sampai sekarang aku tak pernah bosan dengan ikan keli. Walaupun kau hodoh pada pandangan mata Zila tapi pada pandangan mata aku kau......
.................
.............
.........
....
.


......tetap ikan keli, goreng pon sodap!


7. Lumpia basah

Aku mula obsess dengan lumpia waktu first year program. Kan aku cakap tadi aku suka kueytiow kan, ha lumpia ni aku tersuka juga sebab rasa dia macam kueytiow. boleh la mengubat kerinduan terhadap kueytiow sikit. Tapi bahan dia tak pakai kueytiow langsung tapi dia pakai buah sengkuang yang rendam dalam kicap dan dikeringkan, taugeh, telur, kulit popia yang disapu dengan sos tepung jagung yang campur dengan gula macam gula melaka (seingat aku lah pasal aku pernah interview pakcik lumpia dulu siap buat video tapi video tu dah hilang haha tengoklah semangat kelumpiaan aku ni)

Aku suka sampai gila sampai aku berbuka puasa pakai lumpia basah je hari hari yaaaa sekali lagi rakan rakan cop sekalian HARI HARI HARI! kalau bukan bulan puasa pula aku sanggup jalan jauh jauh dari faculty (sini panggil FK ataupon fakultas kedokteran) ke gerbang tu semata mata nak beli lumpia sebagai santapan tengahari.

Dah la tengahari aku lunch dengan lumpia, petang balik tutor pun aku singgah lagi beli lumpia. Kalau hari tu aku perasaan tamak lebih aku belilah dua dan tapi kadang kadang tiga atau empat sebab ada orang kirim lah. Dah la tu, aku minta pedas pisan (pedas sangat) bukan pisan sekali, aku cakap kat dia aku mahu pedas pisan pisan pisan pisan (pedas sangat 4x) lepastu makan sambil berpeluh dan kadang kadang keluar air mata lepas tu diarrhea. itulah hari-hari tak makan benda lain selain lumpia. ok lah ok lah aku makan batagor kat kantin FK juga.

Tapi suatu hari aku terpengsan kat sekolah mungkin pasal hyperlumpiaemia hypoglycemia dan balik dari klinik aku demam panas sampai mengigau hahahaha ini lah penangan terpaling teruk sungguh sekali disebabkan masalah obsess ni. Tapi satu hari saja alhamdulillah. Lepastu sampai sekarang aku kurang sikit makan mungkin sebab dah muak dan sudah tukar orang buat lumpia, jadi kurang umph! Dahla naikkan harga. Perasan lumpia laku la tu. Memang pon.

ada rupa kueytiow sikit kan? rasa pon!sikit.



8. STEAK

Ahh ni aku punya obsession yang terbaru iaitu steak! Ini bermula sejak aku pergi makan kat Sierra, Jalan Dago Atas. Bukan sahaja pemandangan cantik (waktu malam je, siang aku tak pernah pergi) malah steak dia sangat sedap dan berpatutan!! Argh aku tipu je steak mahal tak boleh blah bagi aku yang miskin ni. Aku sangat menggemari rasa umami yang ada pada steak itu siapa yang baik hati boleh lah kasi aku bekalan steak selama setahun ke dua tiga tahun pun boleh, aku tetap terima tak ada masalah. 



(aku tak rela letak gambar steak nanti aku teringin dah la sedang gemuk dan miskin.)




yati sedarlah kau boleh jadi begini kalau asek makan steak. kau akan jadi lebih cute.



woi woi yati apa pasal kau punya obsession semuaaaa nya pasal makanan??










Related Posts with Thumbnails