Tuesday, February 23, 2010

Malu ohh!!

malu. ini tak tahu lah kenapa. siapa tahu boleh tolong beritahu terima kasih.

Huwarrggghh aku dah gila oh, pantang betul ada orang yang malukan aku depan orang ramai, ataupun aku memalukan diri sendiri, terbayang-bayang balik pastu tak boleh tido huwawawa lantas daku menggeleng-gelengkan kepala dengan harapan bayangan itu akan hilang, tapi oh tidak hilang lagi masih ada rupanya.

Kemudian aku cuba pula menggunakan kaedah jeritan 7 petala alam tapi untuk nak cover line, aku jerit dalam bilik air sambil mandi atau jerit pada bantal dan selamatlah aku daripada tuduhan yang aku sudah gila oleh rumah kawan (housemate) .tapi malang sekali oh bayangan itu masih belum hilang argh!!

Eh yati kau bayangkan apa hah, atau kau sudah gila bayang?

hikhik.





Eh ngga koq, masakan begitu doankk (chee, ngomong pula kan atau dalam bahasa inggeris nya speaking) adalah sikit hehehe


Yati kau dah gemuk la 
Yati kau lebih pendek dari dia lah 
Yati kau pendek tak sampai separuh badan aku pon 
Yati yati yati yati yati yati... 

HUWARRRGGGHHHH!!!

Diamlah.. kau orang jangan bising bising, telinga den sakit!hati dan tekak pon sakit.

Jawapan apa yang anda anda sekalian ini harapkan hah? hah? 

Macam biasalah senyum kadang kadang ketawa sambil buat lawak sikit bagi mengelakkan awkward moments dan menyebabkan aku nampak lebih pathetic, dan juga bagi mengelakkan kau untuk berperasaan serba salah sebab cakap macam tu nanti kau terasa macam nak pujuk tapi kau sudah terlambat. Argh kau yang kutuk aku kenapa aku kena jaga hati kau pula?? 

Actually, takdelah nak ambil hati sangat pun pasal dah menerima kelemahan diri sendiri dan sedang dalam proses cuba membaiki mana yang tak kena, itu tak ada masalah la tapi kenapa kena tegur di depan khalayak ramai, lepastu boleh buat meeting lagi dengan orang ramai siap explain kenapa aku pendek dan apa yang akan terjadi pada aku sebab aku pendek dan macam macam lagi. Tak pasal pasal malam tu dengar ada orang jerit2.

SCREAM. haha takut tak? tak takut tak ape.




Bukan tak suka orang tegur tapi buatlah dengan cara baik, ini niat asal baik dah nak tegur tapi akhirnya jadi memburukkan orang pula. Oh aku teringat pasal kisah Hassan dan Hussein anak kepada Ali bin Abi Talib, yang fikir baik punya untuk nak tegur pakcik yang salah cara berwuduk dengan penuh berhikmah supaya pacik tu tak terasa hati. sekarang ni tak kira dah, kau kutuk aku berbakul-bakul supaya kau rasa senang hati.. isk.

budak comel merajuk. aku la tu.

Rasa-rasa lah kan, apa perasaan orang yang mengutuk tu bila aku pula yang kutuk kau. Ingat takda modal ke, tapi simpan ja sebab nak jaga hati dan air muka awak.. boleh je kalau nak, banyak jugak ni ada lah dalam sepuluh bakul. Heh heh heh heh. (gelak jahat)
Argh ni yang aku rasa nak nyanyi ni.
Jom nyanyi sama sama.

Don't sepak speak.

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Eh eh cukup lah. Nanti jiran pulak marah sambil nyanyi Don’t Sing!



siapa dah tengok?aku belum.

Eh tegurlah aku, jangan tak tegur. bukan aku marah, aku suka orang tegur dan memang kewajipan orang Islam untuk saling tegur dan mengingatkan, tapi boleh je guna dengan cara yang baik dan jangan lah tegur aku depan orang ramai, malu woh!


untuk siapa yang ada senasib ngan aku, jum jerit dalam toilet ramai2!!

buruk juga ya rupa time jerit. ok yati, sila cari cara lain.

eh aku suka orang tegur aku. jangan lah salah faham atau takut. saya gerenti tak makan orang! tapi gerenti suka makan steak!

credits to ayu. siapa nak tahu ni boleh dapat kat mana boleh tanya okay! :)~



Monday, February 22, 2010

Heartsick.


heartsick

Definition.
-heartsick : very sad or disappointed -Cambridge Advance Learner Dictionary-
-heartsick : hatisakit -yatee-


oh..
kesiannn hati saya.
dengan ramainya manusia dalam dunia ni, maka baaaanyyaakk la manusia yang pelik A/L ajaib yang pernah saya jumpa. tapi ini bukan pasal manusia ajaib yang badan dia macam magnet boleh lekatkan senduk, paku itu semua ya.



bukan.bukan yang itu.


ini pasal orang yang perangai pelik sampai buat orang rasa annoyed.
woohh orang macam ini lah yang selalu buat saya heartsick. bukan tak cuba selesaikan baik-baik, dah cukup molek dah rasanya bagitau, malah bukan saya sorang je, boleh dikira dengan jari jugak lah orang yang dah pernah tegur. tapi tak berkesan gak malah kena fire balik kao-kao punya dengan dia. susah lah kan kalau kita penat fikir nak jaga hati dia tapi dia takde pun nak jaga perasaan orang sekeliling. bzzztt.(kene fire)

kat sini saya belajar secara problem based learning(PBL). waktu tutorial dapat satu case, kitorang kena discuss basic sciences related with the case, and the underlying disease. lepas tu bahagi2 la sume learning issues ni dengan group members (10 orang), sape present yang mana, than the next meeting kita kena present supaya orang lain faham dan kita boleh jawab soalan sape yang kurang faham tu. suma ni di bawah pengawasan seorang doctor yang akan guide us within the right path so that kitorang tak melencong pegi Bali masa tengah discuss. eh, melencong atau melancong?

yang saya ni plak punya lah bersusah payah siapkan dengan penuh tekun kalau tengok malam tu mesti macam budak nerd burning the midnight oil sampai nak tebakar dah bilik ni ha macam tulah semangat nye nak present punya pasal supaya nak kasi semua orang faham.




Rasa Geram.


-....TAPIII rasa geram dan sedih betul bila saya tengah cakap kat depan ada je sorang tu yang bercakap la, senyum2 ngorat orang sebelah macam takde usaha nak belajar untuk faham langsung. isk, rasa terluka betul. rasa macam bertepuk sebelah tangan je kita nak kasi dia faham tapi dia buat tak layan.kalau dia present orang lain buat macam tu tahu pulak marah. bila tegur baik baik taknak terima lepas tu kau fire aku macam lah aku ni raksasa hodoh berwarna hijau tu.



ini bukan aku.


-adik saya umur tak sampai lima tahun pun pandai guna please and thank you tau. tolong lah yang dah besar ni pun kalau cakap macam takde manners mana nak letak muka babe, malu lah..boleh cuba perlahan lahan, orang nak berurusan dengan kita pun easy heart.(senang hati)


-ehh, kalau dah pinjam barang tolong lah pulangkan..aku beli untuk kemudahan aku yang tanak susahkan orang lain, tapi kau pula yang sesedap hati taknak beli dan pinjam tak pulang pulang sampai aku pun lupa dah bila masa aku ada buku tuh.oh..


-dah pakai barang tolong lah simpan balik leklok, tolong lah jangan susah kan hidup orang lain yang nak pakai, nak masak pun payah bila semua kuali korang pakai tak berbasuh lepas tu siap melekat tak tanggal semula pula tu. kalau masa masak tu kasi aku makan boleh la dimaafkan. nak goreng telur pun payah, telefon kedai makan tanpa servis penghantaran lepas tu gemuk dan miskin.ni semua salah korang tak cuci pinggan dan salah aku malas cuci kuali tak berbasuh.




Pengajaran.


-ei,kalau nak diikutkan banyak lagi lah tapi sampai bila nak mengeluh kan dengan sikap manusia ni.kalau boleh baiki tak apa lah tapi yang kepala batu rasa diri je betul tu yang mencabar kesabaran yang lebih nipis dari kulit bawang ni.tapi semua ni mesti ada hikmah nya. asek doa je supaya diberikan kesabaran ingat dapat senang senang ke.


"nah amiklah kesabaran ini." 


mana ada.bila kita dapat tahan marah tu, tarik nafas, bertenang dan senyum maksudnya anda adalah orang gila.hehe.takdelah, maknanya dah berjaya bersabar, dan masa tu lah anda dah dapat kesabaran.


-sabar tu bukan senang, sebab tu Allah selalu janjikan orang sabar tu dengan nikmat kemudian hari, yang bila Allah da janji, mesti akan dapat.


Al-Quran, surah 3 : ayat 133 dan 134:


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang- orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang membuat kebaikan,"




-satu lagi, kalau kita layan orang dengan baik, tak perlulah berharap orang tu akan membalas kebaikan kita, kalau dia balas tu memang bessttt lah hehe. tapi sebaiknya doa supaya Allah memberi balasan atas apa yang kita buat pasal kalau berharap manusia yang balas ni takut kecewa dan sakit hati je kalau dia tak tolong kita waktu kita perlukan dia, dan kalau Allah yang balas mesti lagi best dari manusia yang balas kan kan!insya-Allah..



sebenarnya kau tak perlu fire aku, jum kita kawan baik.

Thursday, February 18, 2010

You MOTHERFATHER!!


eh kak, jangan la marah.
kan dah nampak ketiak.hehe.

takde ah ni bukan post pasal marah pon.
ni post pasal aku dah sakit rumah...HOMESICK!
i miss my MOTHERFATHER!!
huwahuwawwawa (ni bukan air mata buaya eh)

pasal ape homesick ni? tadi mak bagi gambar abah sakit tgh baring kat wad baru lepas ct scan,
sebak oh tengok.. T_T baru sekarang betul betul pecaya mak ngan abah dah tua huhu. tak mau lagi dengar birthday wish  "weh happy birthday, ko dah tua oh!" tak mau tak mau laaahh tu bukan wish tu macam doakan supaya cepat tua cepat dapat penyakit je.. =_='


abah kata pagi tadi dia sakit pinggang sangat rasa macam kena pijak, lagi ada hematuria (blood in urine) pastu terus pegi kjmc buat ct scan doc nampak ade kidney stone!!? (batu karang)
alahai siannya abah..xpelah bah, sakit tu salah satu kifarah dosa..

Saidatina Aishah kata, "Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa."

the culprit. syoh syoh dari abah!

dalam ct scan tu nampak batu cenggini lah kot rupanya (gamba pinjam dari sheikh google)
size : 3 x 6 mm

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang dah homesick, mari menggunakan perasan perasaan ini.cite ah pasal abah sikit.



jap. ini ke pekasam yang dimaksudkan dalam peribahasa tu??
selekeh hek lah kalau seluk sampai lengan! tak lalu dah nak makan wekk...

ok, abah saya adalah seorang army officer, anak bongsu dari 6 beradik, suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 10 anak. me included, heheh. abah garang gile masa dulu tapi sekarang dah baik sikit la kot. dulu masa kecik2 kalu kena marah mesti nangis punya lah, nangis sampai satu kampung dengar hahah.

tapi dah besar sikit, nangis kua air mata je pastu kunci pintu bilik, bajet abah nak pujuk ar kan tapi tak pon pastu bila lapar elok je turun makan nasi sambil tengok tv hehe.lapa tak tahan oh! sekarang ni adek adek pulak mewarisi suara high pitch ini lantas apabila menangis satu kampung pon dengar, dan mungkin jiran kepada kampung sebelah pun terdengar sayup2 suara ziana zain pun kalah itu dan kadang2 teran suara sikit macam misha omar.

misha omar.


anak sapa la ni.

eh. ini bukan cerita pasal abah.
ok ok, abah suka main golf, kadang2 terrer selalunya tak terer hehe. tipu je, abah terer la jugak kalau ada tournament selalu bawa balik hadiah radio besar hek, rice cooker (sendat rumah dengan rice cooker), perfume, eh macam2 lah tapi yang best bila dapat hadiah voucher parkson pastu pegi shopping ngan mak beli wedges 3 pasang dan towel banyak2 hahah. towel belambak kat rumah tapi tak pernah cukup! ada jin pakai kot??


'Abah' bukan nama sebenar.

eh janganlah salah faham, abah saya bukan lah seekor hamster. abah is a human.



ni abah dan mak kepada baby baju pink tu.
kenapa, tak percaya?
tak tipu, siyes! umur 'abah' dalam gamba ni ialah 10 tahun.
eh aku yang dah lebih 2 dekad (ke abad?) ni bila nak ada anak?? tercabar sikit.

akhir kata,
no cursing please! (dalam hati takpe)


'you MOTHERFATHER!'
sopan sikit.kot.


Monday, February 15, 2010

Eh?!

weh weh
pasal apa tiba tiba je sebok nak buat blog ni?

haha,
sebenarnya memang dah lamaaa daaahh ada blog ni,
tapi terlupa password lah pulak kan, ha itulah dia, dari kecik ko dah nyanyuk macam nenek nenek.

ala, sorry lah.. dulu masuk sekolah asrama nak dapat internet kene beratur 4 5 orang.. tu pon belum tentu boleh sampai turn sebab waktu prep dah tamat, tak sempat nak update blog, lama lama lupa lah kan nak buat camna lagi suma orang sebok nak cari jodoh waktu kat asrama semua pakat nak hantar email lah friendster lah kat pakwe makwe masing masing siap nak cover monitor desktop lagi tu ingat orang tak nampak ke hah? hah? (ceceeh. sebenarnya itu semua adalah alasan belaka, sememangnya memang malas nak update sampai lupa apa nama blog ni heheheh ^,^' )

haha,
takpelah sekarang pun dah ada layout untuk rumah (blog) baru, walaupun takdelah cantik mana pon tapi boleh lah ni kan, mungkin akan menjadi senasib dengan gambar facebook yang setakat ni dah nak dekat 2 tahun tak tukar2, dah la recycle dari frenster punya kihkih. datang seru nanti saya tukar la(kot).

ehem.(ini bosan tak perlu baca pun takpe)

blog ni sebagai nota untuk diri sendiri supaya dapat mengingati semula pasal hal hal lepas yang boleh dijadikan pengajaran, dan juga sebagai tong sampah tempat melepaskan geram yang tak terbendung lagi, atau apa-apa saja yang saya rasa nak share kat sini, supaya orang lain boleh membuang masa jugak untuk membaca blog ni heheheee..(perasan glamour)

ah-ha! kalau ada mana-mana iklan yang muncul tu boleh la tolong klik skali, semoga yang rajin tolong klik itu dimurahkan rezeki sebab dah tolong orang lain, hehe.

saya orang baru belajar, kalau mana yang tak betul tu, tolong lah nasihatkan, sekarang ni memang sangat dahagakan nasihat2 berguna, dahla jauh dari mak abah, usrah jarang2, mengaji jarang2 eh semua jarang lah aduhai.. jadi terima kasih banyak lah kepada yang sudi nasihat, terutama kawan2 rapat yang ade sekeliling ni..terima kasih.(macam menang award la plak kan.)



baiklah,
terima kasih untuk yang sudi singgah,
rajin rajin datang ye,
jemputlah buat macam rumah sendiri..
nah bunga!(ini tiada kaitan dengan sebarang unsur rasuah atau korupsi)



Related Posts with Thumbnails