Monday, February 22, 2010

Heartsick.


heartsick

Definition.
-heartsick : very sad or disappointed -Cambridge Advance Learner Dictionary-
-heartsick : hatisakit -yatee-


oh..
kesiannn hati saya.
dengan ramainya manusia dalam dunia ni, maka baaaanyyaakk la manusia yang pelik A/L ajaib yang pernah saya jumpa. tapi ini bukan pasal manusia ajaib yang badan dia macam magnet boleh lekatkan senduk, paku itu semua ya.



bukan.bukan yang itu.


ini pasal orang yang perangai pelik sampai buat orang rasa annoyed.
woohh orang macam ini lah yang selalu buat saya heartsick. bukan tak cuba selesaikan baik-baik, dah cukup molek dah rasanya bagitau, malah bukan saya sorang je, boleh dikira dengan jari jugak lah orang yang dah pernah tegur. tapi tak berkesan gak malah kena fire balik kao-kao punya dengan dia. susah lah kan kalau kita penat fikir nak jaga hati dia tapi dia takde pun nak jaga perasaan orang sekeliling. bzzztt.(kene fire)

kat sini saya belajar secara problem based learning(PBL). waktu tutorial dapat satu case, kitorang kena discuss basic sciences related with the case, and the underlying disease. lepas tu bahagi2 la sume learning issues ni dengan group members (10 orang), sape present yang mana, than the next meeting kita kena present supaya orang lain faham dan kita boleh jawab soalan sape yang kurang faham tu. suma ni di bawah pengawasan seorang doctor yang akan guide us within the right path so that kitorang tak melencong pegi Bali masa tengah discuss. eh, melencong atau melancong?

yang saya ni plak punya lah bersusah payah siapkan dengan penuh tekun kalau tengok malam tu mesti macam budak nerd burning the midnight oil sampai nak tebakar dah bilik ni ha macam tulah semangat nye nak present punya pasal supaya nak kasi semua orang faham.




Rasa Geram.


-....TAPIII rasa geram dan sedih betul bila saya tengah cakap kat depan ada je sorang tu yang bercakap la, senyum2 ngorat orang sebelah macam takde usaha nak belajar untuk faham langsung. isk, rasa terluka betul. rasa macam bertepuk sebelah tangan je kita nak kasi dia faham tapi dia buat tak layan.kalau dia present orang lain buat macam tu tahu pulak marah. bila tegur baik baik taknak terima lepas tu kau fire aku macam lah aku ni raksasa hodoh berwarna hijau tu.



ini bukan aku.


-adik saya umur tak sampai lima tahun pun pandai guna please and thank you tau. tolong lah yang dah besar ni pun kalau cakap macam takde manners mana nak letak muka babe, malu lah..boleh cuba perlahan lahan, orang nak berurusan dengan kita pun easy heart.(senang hati)


-ehh, kalau dah pinjam barang tolong lah pulangkan..aku beli untuk kemudahan aku yang tanak susahkan orang lain, tapi kau pula yang sesedap hati taknak beli dan pinjam tak pulang pulang sampai aku pun lupa dah bila masa aku ada buku tuh.oh..


-dah pakai barang tolong lah simpan balik leklok, tolong lah jangan susah kan hidup orang lain yang nak pakai, nak masak pun payah bila semua kuali korang pakai tak berbasuh lepas tu siap melekat tak tanggal semula pula tu. kalau masa masak tu kasi aku makan boleh la dimaafkan. nak goreng telur pun payah, telefon kedai makan tanpa servis penghantaran lepas tu gemuk dan miskin.ni semua salah korang tak cuci pinggan dan salah aku malas cuci kuali tak berbasuh.




Pengajaran.


-ei,kalau nak diikutkan banyak lagi lah tapi sampai bila nak mengeluh kan dengan sikap manusia ni.kalau boleh baiki tak apa lah tapi yang kepala batu rasa diri je betul tu yang mencabar kesabaran yang lebih nipis dari kulit bawang ni.tapi semua ni mesti ada hikmah nya. asek doa je supaya diberikan kesabaran ingat dapat senang senang ke.


"nah amiklah kesabaran ini." 


mana ada.bila kita dapat tahan marah tu, tarik nafas, bertenang dan senyum maksudnya anda adalah orang gila.hehe.takdelah, maknanya dah berjaya bersabar, dan masa tu lah anda dah dapat kesabaran.


-sabar tu bukan senang, sebab tu Allah selalu janjikan orang sabar tu dengan nikmat kemudian hari, yang bila Allah da janji, mesti akan dapat.


Al-Quran, surah 3 : ayat 133 dan 134:


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang- orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang membuat kebaikan,"




-satu lagi, kalau kita layan orang dengan baik, tak perlulah berharap orang tu akan membalas kebaikan kita, kalau dia balas tu memang bessttt lah hehe. tapi sebaiknya doa supaya Allah memberi balasan atas apa yang kita buat pasal kalau berharap manusia yang balas ni takut kecewa dan sakit hati je kalau dia tak tolong kita waktu kita perlukan dia, dan kalau Allah yang balas mesti lagi best dari manusia yang balas kan kan!insya-Allah..



sebenarnya kau tak perlu fire aku, jum kita kawan baik.

20 comments:

djambu puadovich said...

haha. tu gambo monster sebelum di'fire' oleh ultraman sampai berkecai2...ultraman tu bohong je tu!!! :P

yatee said...

haha mana tau ni?
sapa kenal nama atromen ni kita kasi tabik spring!

hans said...

ini blog baru ke?
mana ekau jumpo blog den?
haha

yatee said...

hans :
haah blog ni setahun jagung pun tak sampai,
dah kalah dengan jagung dah.
baru dua hari kehkeh
ketinggalan sangat ek?
aiya.
ade lah tu masa tengah melompat blog ke blog hehe

djambu puadovich said...

ultraman ni yg memula skali. so nama dia ULTRAMAN je. lps2 dia baru ada nama ultraman ACE la, TARO la, ape2 la...

yatee said...

fuyoh!
TABIK SPRING!
(toooiiooiinngg)

hans said...

hahaha
baru lagiker>
cam tak caya plak

Ghostech said...

wah ... keren tuch orang, kemana2 gak usah susah2 lagi, abisnya bisa bawa garpu, batubata, strikaan jg kebawa tuch ... :)

yatee said...

hans : baru ar, baru 2 post ni,huhuhu. =_='

hantu berteknologi (ghostech) : iya kan!! tapi kenapa ya g ada 6 pack yg ada cuman 1 doang hiahahahiah

muniri edogawa said...

haahaha..bravo..entry ni menyebabkan aku ada mix feeling

*muka kerut masam bila bace part yg ko emo*
*muka senyum gelak depan laptop bila ko kaitan kan diri ko raksasa hohdod tuh*

yatee said...

haha,
muniri is a human..
anda ada multiple personality!
jangan nak salahkan post aku lak
ngahahah

Anonymous said...

ultraman member rksase?? segalenye mungkin.. asal watak jahat (merujuk kpd rksase) msti hodoh... diskriminasi pd yg bwjah hodoh..
(tibe2 ak yg trase)

yatee said...

cik enon (anonymous):
ye betul segalanya mungkin..
aku takleh nak wat ape lah kalau kau terasa,dah cerita ultraman cenggitu..

aku sarankan kau tengok lah cerita korea pasal selalunya watak jahat dia handsome belaka mehehehehe!

ghu said...

gdfgdgfd

suke bace blog org said...

salam.
best gk cter ni..cter yg psal bdak tutor yg x bg attention swktu kite present... cam ckap sorg2.. esp yg present plg last.. naye.. hahaha.. masalah pinjam brg org tp t'sgaje x nk plangkn 2, it's worldwide problem.. sbar ek ck yati @ yatee

Anonymous said...

hero cter korea hndsome ek?
ensem ultraman lg.. ultraman xde jrawat.. afterall.. nice blog..

yatee said...

ghu: lqfhqlrf

suke bace:
haha tahu takpe weyy nak buat cane kan nasib lah aku pon malas nak layan dah dan kadang-kadang terbuat jugak huwaaahahaha

cik enon:
ensem gak ar terpulang taste aku juga sebab taste ko camane aku tak tahu hehe. ultraman memang lah takde jerawat wey pasal dia plastik! (kadang2 hero korea pun!)

cik enon said...

sori coz bce blog cik yati.. nk tergelak pon ade ble tgk ultraman ber"bestfriend" dgn raksase.. nk tgur member tkut x jge ati member.. di p'simpangan dilema..pyah hidup ni.. byk info sye dpt dr entry ni.. bsides,citer mlayu lg best dr korea, cnthnye gerak khas..x cye tnye mk cik-mk cik..

Anonymous said...

We aim at providing quality models and services To buyers by a global basis.[url=http://www.reactchem.com/]Glycerol Triacetate[/url] is an artificial chemical compound, commonly frequented as a chow additive, as instance as a solvent in flavourings, and being its humectant function, using E number E1518 as well as Australian approval code A1518. [url=http://www.reactchem.com/]Propylene Carbonate[/url] is also a component as to casting liquor by TG and as an excipient to pharmaceutical offerings where it is used as a humectant, a plasticizer, and also as a solvent

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online

Related Posts with Thumbnails