Monday, May 3, 2010

Sons of ******!!!

Suatu ahad petang yang panas tatkala aku sedang malas tiba-tiba duit jatuh dari langit sebanyak tak terkira berkepok-kepok. "wahh bes gilaa" aku berkata sambil berenang di lautan duit dan tiba-tiba datang pula putera raja hemsem menaiki kuda hitam berkilat membawa dua puluh pinggan berisi steak sambil tersenyum berkata "makanlah sayang" tapi datang pula bayangan doctor andri tengah cakap " IN YOUR DREAM!"

ok ok sebenarnya petang ahad yang panas waktu aku tengah malas itu sebenarnya aku tengok American Idol, terjatuh cinta dengan satu band ni nama dia Sons of Sylvia. oh suka gila.

 Anak-anak lelaki Sylvia. dari kiri; Austin, Ashley, Adam.

Diorang:
1. Adik beradik.
2. Adik beradik ramai kalau tak salah 11 orang.
3. Asalnya diorang dari kumpulan The Clark Family Experience, 6 orang, adik beradik sendiri. Genre: country music. Disbanded sebab ada masalah kewangan lalu bankrupt. video clip.
4. Adam Ashley Austin dengan nama band mereka The Clark Brothers pegi audition untuk masuk reality show: The Next Great American Band. video audition.
5. ...dan yeayy menang!!
6. Tukar nama band kepada Sons of Sylvia, sempena nama mak kot.
7. Featured dalam lagu Carrie Underwood - What Can I Say. nyum nyum.
8. Ashley ada anak! comel gile. Style rambut ala-ala vampire gitu.
9. Austin kerja sebagai real estate agent.
10. Adam suka main game.
11. Perform kat American Idol. *cair meleleh*
12. Membuatku terpana. hak hak.
13. Layann~


Sunday, May 2, 2010

Sebelum Hilang Ingatan

Bila teringat balik, aku ni bolih la dikatakan lambat matang, argh malu gila dengan diri sendiri, kalau siapa-siapa yang kenal aku waktu form 1 kat mrsm mersing form 1, form 4 yang masuk tahun 2001 mungkin tahu aku ni macam mana perangai, masya-Allah..

 
 adoi malu! malu! 

Mana tak nya, yang duk lari sana sini ADHD ke apa?, pergi kantin lompat-lompat mungkin gembira dapat makan kot ish aku tak mau lah cerita lebih-lebih, malu siot. tapi aku tak jahat ar, cuma hyperactive je, dan aku yakin akulah anak homeroom kesayangan ustazah zawatil ishqi! heh heh mestilah kan, blog sendiri boleh lah perasan sikit.

Tapi best sangat masa mrsm mersing, seronok sungguh belajar yeke  sampai nama aku selalu kena tampal dekat tingkap pejabat, "Noorhayati Tingkatan 1, sila telefon ibu anda" sebab mak aku call office suruh aku call rumah, mungkin risau anak sulung tetiba dapat sekolah jauh kat mersing (jarak perjalanan KL-Mersing amik masa  lebih kurang 7 jam kot) dah lah langsung tak ingat nak call rumah. bagai kacang melupai kulit betul.

 kesian kulit.

Lepastu, lepas solat asar kat surau mesti nama 'Noorhayati' duk ulang 3-4 kali suruh amik surat. tapi ini bukan sebab aku pekak ye. Adik aku rajin betul pos surat pada aku, jadi tiap minggu aku dapat surat ada lah dalam 3-5 keping sekali dapat, pasal mak aku hantar satu keping, dan yang lain adik-adik kasi. ye lah adik ramai kan nak buat macam mana kan hehe. 

Rasa rasa lah kan mesti mak yang paksa budak-budak tu tulis surat, tu yang kadang-kadang cuma dapat lukisan seorang puteri memegang bakul dan kat atas tu ada tulis "kepada yati" je. tapi kira ok la tu kan nasib baik diorang tak mencarut ke apa hah hah.

Eh lari pulak sebenarnya nak cerita yang aku ni dah form 1 tapi kalah budak darjah 3 haha tapi malu ar nak cerita, so mari beralih topik bila aku dah agak matang sikit. cewah yeke??

Masa form 2, 1/4 pelajar mersing pindah ke batu pahat, sebab asalnya tumpang kat mrsm mersing pasal mrsm batu pahat johor (BPJ) belum siap, jadi bila dah siap kena lah pindah termasuklah aku..

 
'pindah sekolah' dari mersing ke batu pahat.


Kat sini cikgu-cikgu kebanyakannya dari mrsm muar tapi ada jugak cikgu dari mrsm lain, contoh: mrsm jasin dan lain lain aku lupa dah. jadi selalu lah berlaku konflik antara cikgu dari muar dan pelajar dari mersing haha sebab pelajar sikit sikit nak compare dengan mrsm mersing itulah inilah dan cikgu-cikgu muar pun terluka lah kot dan suka komplen kitorang tak bersyukur dan marah asyik cakap pasal mersing je,, tapi ade satu kali tu HEP tu pun compare jugak dengan muar haha! ape daa

Sebenarnya nak cerita haih suka lari tajuk aku mula jadi dewasa dari form 2 lah kat batu pahat ni aku banyak belajar pasal orang sekeliling, dan kalau dulu asyik nak berteman je ke mana-mana, masa form 2 aku dah berani sikit dan lebih independent.

Macam mersing jugak, kat bpj kitorang wajib keluar dari bilik waktu riadah (4.30-6 petang) tak kisah lah nak buat apa asalkan keluar dari bilik, aku ni pula jenis tak boleh duduk diam apa lagi pergi lah jogging keliling asrama, kantin dengan bangunan kelas, masa mak abah datang melawat hari sabtu kitorang siap ukur dah pakai meter kereta, jarak lebih kurang 900m lah jugak. tapi sebab aku sorang je yang hyperactive suka lari dan takde orang nak ikut jogging jadi aku terpaksa lah memberanikan diri untuk jogging sorang-sorang..
 
 Cepat teka siapa lelaki hot ini hik hik -tiada kaitan-


Lepas jogging aku terus ke kantin sebab tak suka beratur panjang kalau lambat dan biasanya makcik tu tak angkat lagi besi tu aku dah siap beratur pegang tray, jangan risau lah mesti top ten punya, dan antara pesaing-pesaing terhebat aku adalah budak yang rajin belajar kat Dewan Selera (DS) waktu riadah antaranya ialah Siti Rifhan Najlaa

Dia ni haih jeles betul tengok dia belajar, tekun gila kadang-kadang sampai tido terus kat atas buku kat DS. tapi tetap berjaya mendapatkan tempat teratas top 10 mengatasi aku. jadi tak lama pun kitorang boleh jadi kawan nak tahu macam mana boleh baca kat sini dia ingat lagi haha tq najlaa!

'Najla' bukan nama sebenar

Kebanyakan memori aku kat BPJ mesti ada najlaa, menunjukkan betapa sayangnya aku dengan dia, seorang yang sangat bermotivasi selalu kasi semangat, cerita pasal mama, suka gelak sama, outing sama, sentiasa ada waktu aku perlukan dia waktu orang lain tak perlukan aku, belajar sama, joging sama, tengok wayang kali pertama bersama (najla, bersama ke bersama-sama? haha)

Waktu aku form 2-form3 adalah waktu terhebat aku memberontak, macam-macam aku buat dengan kawan-kawan sampai jumpa pengetua, jumpa kaunselor, ustat ajak datang rumah haha. kalau tak salah aku dengan najlaa ni pernah jadi AJK surau kot lebih kurang macam BADAR gitu hah hah tapi tak ingat lah apa sumbangan aku, mungkin tolong susun Al-Quran ikut warna lepas asar, ataupun bertugas kacau orang tido suruh qiyamullail dan datang meeting sekali je kot hakhak. 

Aku ni nama je AJK surau tapi hampeh betul malah ustat pun risau tengok kitorang siap jemput datang rumah dia waktu prep untuk tanya apa jadi dengan kitorang. tapi sedap lah isteri dia goreng cucur, segan gila kitorang, tapi segan segan pun 2 pinggan cucur kitorang sebat.

 
Sebenarnya dulu aku tak tahu pun cekodok dan cucur tu berbeza.

Hmm..aku sikit pun tak bangga dengan perangai aku waktu kecik, walaupun ada yang menyesal jugak untuk sesetengah hal tapi kalau tak jadi perkara-perkara ni mungkin sampai sekarang aku tak matang. 

Cewah cakap macam dah matang habis matang je kan, kah kah!

 Ha najlaa, ingat lagi tak masa kita malas jogging satu hari itu dan cuma nak jalan je, sambil lalu court bola tampar dan sick bay kemudian rumah ustat dan court tennis, kita nyanyi lagu ni sama-sama:

 Kalau Aku Nampak Kau Dalam Syorge
Eric Clapton

would you know my name
if i saw you in heaven
would it be the same
if i saw you in heaven

I must be strong
and carry on
'cause i know i don't belong here in heaven

would you hold my hand
if i saw you in heaven
would you help me stand
if i saw you in heaven

I'll find my way through night and day
'cause I know I just can't stay here in heaven

Aku pun nyanyi sambil dua-dua tangan angkat ke atas sambil goyang ke kiri ke kanan perlahan-lahan depan laptop tengah-tengah malam.

 ...ei gila ape.






ps: Apa apa pon terima kasih lah kepada semua yang pernah wujud dalam hidup aku, anda semua kalau tak banyak pon ada lah juga sikit sedikit sebanyak telah memberi impak maksima pada aku, aku sangat bersyukur pada Allah ditakdirkan jumpa dengan kau orang. untuk itu, terimalah pantun dua baris ni: 
gi gi gi,
insya-Allah kita jumpa lagi.

Friday, April 23, 2010

Titik Hitam




Titik hitam yang satu itu lebih obvious daripada warna putih yang lebih besar luas kawasannya. (kecuali orang yang rabun tengah baca sambil tak pakai spek)

Macam tu lah jugak pandangan mata kebanyakan manusia yang lebih suka focus pada kesalahan orang lain walaupun perkara kecik, macam laahh dia tu sentiasa buat perkara baik..

Buatlah baik macam manaaa pon, kalau sekali terbuat salah mesti ada yang terus menghukum. Aku sedih bila lepas buat sesuatu, yang aku dah cuba buat dengan terbaik tapi bila sampai satu point yang tersalah sikit terus ada yang tak puas hati, marah habis dan ada yang siap jeling tajam kasi amaran..

Rasa bersalah dalam diri sebab tersalah itu satu hal, ditambah lagi dengan jelingan tajam itu..pergh..rasa sedih tahap gaban lah bergenang je air mata tanda lemah-lembik, sambil merajuk dalam hati sambil berkata dalam hati,

 “sorry sangat memang salah aku tersilap, tapi yang sebelum aku tersilap tadi tu kau tak kasi credit kat aku sikit pun ke atas usaha aku? siap bulih jeling sampai naik juling sebab aku tersilap sikit?” bukan dialog Tiger Woods.

Kita lebih senang nampak kesalahan orang lain lalu tak puas hati dan mengadu pada member lain untuk melepaskan geram tapi lepas itu biasanya geram tak terlepas pun malah kawan tempat mengadu tu pon kadang-kadang suka tuang minyak atas api sambil bercerita pengalaman beliau yang pernah juga tak puas hati dengan kawan yang kita tak puas hati itu.

Akhirnya geram tak habis malah siap tambah dengan dendam lagi. Lagi best kalau kita bukak cerita pasal kisah lain yang lebih menyakitkan hati dan lagi best kalau tiba-tiba ada seorang lagi member datang untuk share kisah tak puas hati dia pula. Rasa best gila sebab ada geng, dan tidak rasa keseorangan lagi cewah!

Padahal kita tak teringat langsung pun masa ‘sesi tak puas hati secara berjemaah’ tu berlangsung, yang kawan yang dok tengah digeramkan ni masa dahulu dia pernah juga berjasa kat kita, pernah ketawa sama, bercerita bersama, main game sama, tengok movie sama, makan suap-menyuap, buat jahat bersama, kongsi cerita sama, tidur bersama, eh jangan over pulak.


Dan biasanya orang yang kita geram tu biasanya adalah orang yang pernah rapat dengan kita, kan?

Dan pasti lagi geram campur sedih serta rasa dikhianati bila orang yang digeramkan itu adalah kita sendiri, kan? Kan?
Gambar hiasan sahaje.

Satu hal lagi, aku memang lemah sungguhh la kalau kena marah, lagi-lagi kalau memang salah sendiri. Rasa dimarahi dan perasaan serba-salah, ditambah lagi dengan orang lain yang bersikap judgemental tanpa sedar dan aku yang sensitive memang kombinasi yang baik untuk resipi tomyam aku menjadi fragile dan tembok air mata pecah (cewah metafora pinjam dari novel) lalu air mata mencurah-curah ke ladang gandum.
 
 
Bila benda-benda ni jadi, mula lah rasa nak mengadu kat seseorang untuk lepaskan sebak dan beban yang menyesakkan dada..

Nak mengadu kat mak tapi taknak serabutkan mak dengan benda-benda remeh cenonet yang sepatutnya boleh settlekan sendiri, nak cerita kat kawan tapi takut jadi mengumpat pula, dan alasan terbesar untuk tak cerita pada sesiapa adalah susah nak dapat feedback yang meringankan hati kadang-kadang aku yang kena marah balik, katanya memang salah aku memang pon, kadang-kadang member bukan nak dengar pun, dan yang paling kadang-kadang (selalunya) aku ego dan taknak cerita sebab nampak macam entah apa apa je hal kecik pun nak ambil hati (tapi nak buat macam mana sebab dah sedih jugak nak buat macam mana??)

Aku pernah terbaca waktu Rasulullah kena baling batu, kena maki kat Thaif sebab nak halau Rasulullah yang berdakwah, sampai terluka, bukan fizikal je terluka, tapi hati pun terluka.. masa ni Nabi mengadu pada Allah dengan terjemahan doa yang bagi aku cantik gila doa ni..

“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku,
kurangnya kesanggupanku,
dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia.

Wahai Zat Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkaulah pelindung bagi si lemah,
dan Engkau jualah pelindungku.

Kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan?
Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku
ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?
Jika Engkau tidak murka kepadaku,
maka semua itu tak kuhiraukan,
karena sungguh besar nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku.”

Rasulullah yang perangai baik pun ada orang tak suka, aku ni heh mesti lah berlambak orang tak suka, tapi waktu susah hati aku tetap ada tempat untuk mengadu, yang aku tak perlu risau feedback baik ke tak, hati pun tenteram dan aku dapat jadi lebih mudah untuk terima apa-apa yang dah berlaku ni, lepastu baru aku teringat, plan Allah adalah plan yang terbaik, benda yang terjadi mesti ada hikmah dan akhir sekali aku berharap masalah yang datang ni bukan sebab Allah murka pada aku..huhu.

Ada baiknya tak mengadu pada manusia, kita memang KENAL manusia siapa, tapi kita tak TAHU manusia tu macam mana, biasalah kadang-kadang lidah anggota badan sendiri pun digigit oleh gigi anggota badan sendiri jugak, apa lagi sesama manusia,, heh orang makan manusia pernah dengar kan? Tapi aku gigit muniri belum lagi ar. Insya-Allah, mane la tau cecah budu sedap ke.

Maksud aku manusia ni bukan lah tempat mengadu yang terbaik pun. Salah cerita pada orang jadi mengumpat, kalau orang niat tak baik dia jaja pula cerita tu pada orang lain, siapa tahu hati orang kan, rambut semua nampak hitam. 

 Yang rambut gugur tu satu hal jugak.

Ada sekali waktu aku sedih, aku tanya Syeikh Google ada tak artikel yang boleh sedapkan tomyam hati lalu pakcik tu kata ada, dia kenalkan aku pada Ibnu Al-Qayyim Al-Jawziyya yang pernah cakap sesuatu yang bermaksud ‘dalam’ yang aku nak share kat sini supaya kalau aku lupa boleh check balik.. maksudnya:

”Orang bodoh adalah yang mengadukan Allah kepada manusia. Andaikan ia tahu siapa Robb-nya, tentu ia tak akan mengadukan-Nya kepada manusia, dan andaikan dia tahu siapa manusia, tentu dia tidak akan mengadu pada mereka.”

Maksud mengadukan Allah kepada manusia tu; mengadu masalah hidup yang Allah timpakan sebagai ujian untuk kita pada manusia. Kalau kita betul-betul kenal siapa Allah, siapa manusia yang sebenar, kita takkan mengadu masalah (ujian Allah) pada manusia..hmm.

Hikmah, pengajaran sebalik ujian tu banyak, dan ini yang kita kena fikir sendiri waktu kena test. Mungkin Allah nak tunjukkan kita punya weak points, kelemahan kita supaya kita boleh baiki, insaf dengan kelemahan dan boleh baiki mana yang patut, ujian miskin supaya kita rasa apa susahnya orang miskin dan takdelah sombong dengan peminta sedekah,ujian dihina orang supaya kita buang rasa sombong dalam hati yang perasan bagus..

Penyakit hati yang masih ada yang kena baiki tu biasanya akan terkeluar waktu kena ujian ni, dari yang nampak macam lemah lembut, sabar, tapi masa kena ujian, mula lah stress, hah masa ni lah terkeluar nak marah-marah, tangan nak jalan, macam-macam lagi tindakan luar kawalan lepas buat baru tersedar dan minta maaf..

Yang susah sikit part minta maaf ni tak semua orang pulak boleh buat, mungkin ada sikit ego atau memang dah berasa diri je betul itu memang payah. Kalau buat salah dengan Allah boleh bertaubat dan jangan ulang lagi insya-Allah diterima, tapi kalau dah buat salah dengan manusia tak minta maaf payah jugak ye tak, tu yang tak bertegur-sapa tu.. Mane yang minta maaf tu kira bagus dah, semoga orang tu dilembutkan hati untuk memaafkan..

Nak tahu tak, tak berapa lama lepas adegan kena jeling ni barulah aku tahu rupanya orang ni memang juling...........hek elehh?!!


 Haih yati tengok ni, tengok, berapa banyak penyakit hati?

Tuesday, March 16, 2010

WAWI, bukan tulisan jawi

Musim musim exam ni tiada lagi yang lebih enak melainkan gigitan manja oleh eragon ikan kecit yang lapar dengan kulit mati di pvj, atau suasana indah bandung yang sejuk sejuk sempoi di sierra dago atas sambil makan steak mahal..

Tapi semua tu tak boleh melawan perasaan rindu seorang anak yang miskin dan papa kedana kepada emaknya.

Huwaaaaaaaa!!!!!!! Hah jerit jangan sampai terkeluar suara bapok sudah.

isk isk uwaaaa nak balikk..yati rindu kat mak..

Sebenarnya lepas subuh tadi aku terus tido sebab tak tahan ngantuk sebab belum tido lagi dari lebih kurang jam 0000, biasalah ni waktu tido tunggang terbalik lagi lagi waktu exam. Eh sebenanya nak cerita sebelum tido tadi aku teringat kat family dah dan terus hantar message cinta untuk mak ngan abah:

“mak, abah, yati beli apple fuji 3 biji makan sorang Rp 14,000 = RM5.60 (mahal) tapi kelmarin yati beli limau mandarin 13 biji Rp 9000 = RM3.60 (murah) yati makan 5 kot yg lain yati bagi kawan waktu group discussion. Semua tu yati beli pakai credit card mak, :p terima kasih mak ngan abah, semoga mak abah dimurahkan rezeki, tenang hati, dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik dari umrah!saje wish awal2!rindu sangat!

Send to: WAWI, Abah Nadzir

Ha ha ha skema habis tak ingat rasa nak tampar diri pun ada.

apa pulaakk..esy korang ni, suka lah tu aku kutuk diri sendiri. ni bukan skema ar ni respek pada mak abah aku la hehe.

apa kaitan limau, epal, dengan umrah? teka teki teka tekuk sapa dapat jawab aku ketuk. pasal aku pun tak tahu kaitan dia, mungkin saje saje intro sambil nak cover malu nak cakap rindu, dah lah tetiba sahaja bagi message petang petang tak ada kerja ke?dah lah harga pun kau main hentam lebih kurang sahaja matematik pun salah.

Ehem. (ni takyah baca pun takpe)

WAWI tu singkatan nama mak aku, ada keturunan Wan tapi asal johor. ni abah aku la save cenggini ni.. (sebab aku mewarisi harta pusaka dari ayah aku cukuplah pakai henfon pusaka kalau nak beli hp si bintang kecil idola idaman aku E72 tu entah bila, aku yang miskin ini tak mampu siapa baik nak sedekah boleh, lepastu korang mesti cakap ewah ewaah banyak cantik!)

Siapa kata tak cun tolonglah buat amal banyak-banyak sebab tak lama lagi lah tu.

Abah Nadzir what the kebende? (apakebende) iyelah aku dah tak tahan sangat ada ke abah save nama dia sendiri ‘MejNadzirJPEP’ what the kebende lah abah aku ni hahhah dah la susah nak cari, korang tahu-tahulah tentera ni semua kawan kawan dia pun nama pergi save macam tu. ‘Mej’ dah berpuluh orang, huruf 'N' pulak tu. Aku pon jenuh nak cari patutlah message abah pun jarang! Sorry bah Lalu aku pun tukar lah tapi sebab tak mahu tukar sangat supaya tak hilang berkat lah konon cewahh tak delete lah Nadzir tu  maka jadilah Abah Nadzir.

Ha tu lah kan dah membazir je korang baca padahal tak ade apa pon aku dah warning kat atas tu korang baca jugak. Sorry lah aku tak tahan oh aku rasa seperti kena jelaskan jugak heh heh.

I miss you both, motherfather.

Lepas aku hantar message tu cam nak nangis je huwawaaa ape kes kau ni yati jiwang doh muahahha.. ah, bising kau. siapa cakap jiwang untuk pakwe makwe je, aku nak jiwang gak ngan parents aku, lagi dapat pahala lah kot muahahaha.(cara gelak moden yang terkini)

Aku sedih sebab tak dapat duduk bawah ketiak dekat ngan mak abah, aku tak bolih tengok muka mak ngan abah dari jarak dekat, cuma tengok gambar mak buat peace tengah berdiri depan abah yang sedang pose sambil tangan mencekik mencekak pinggang tu je.

Aku teringat ada orang penah kasitahu;





"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (dterima) lagi mabrur (berpahala)."
(Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.)

Bertuah lah siapa yang duk dekat tu tengok dengan kasih sayang pun dapat pahala. Tapi ini aku tak pasti lah sebab hadith dhaif tapi ini boleh pakai sebagai galakan ehh siapa yang lebih tahu bolihla bagi komen kat bawah sebab aku nak tahu please, and thank you in advance. yati apa kata kau cari sendiri?


Ah tak kisah lah tapi kan tapi kan (ini bukan typo taip banyak kali tapi aku memang tersuka cakap ulang-ulang) aku rinduuu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid, kalau aiman anak maid aku si penipu tu (dah la nama yati jugak ishh ha kan dah termengumpat i am so sorry) masih hidup aku rindu jugak..

..dan ini pasti bukan emosi sesaat atau sebab exam, sebab miskin dan sebagainya, bukan. Rindu yang memang betul betul rindu walaupun duk seberang laut je bukan jauh sangat poonn over la kau nih yati.

Dah tu memanglah dari luar aku nampak je seperti berhati keras jiwa selamber rock kapak eh yeke habis tu aku rindu jugak nak buat camne, jiwa rock ala ala dondang sayang aku juga mempunyai hak untuk merindui dan dirindui! ececeh mak minah you jiwang nampak aww! Wuf wuf! << tiru atrasy

Ehh aku cakap jiwa rock lah bukan the rock dengan spender nya!sekali dia masak baru kau tahu! (if you semey **smell** what the rock is cooking)

Baca tulisan 'To: Mother' tu je, ayam goreng dengan telur goreng siapa dulu ke tak ada kaitan!

Warning! Baca atas risiko sendiri, 18 tahun ke atas sahaja.

Mak,
Yati rindu sangat-sangat mak abah, ani, azi, shila, saidah, latep, amoroi the enau, takoscos, akochoii dengan majid walaupun yati tahu kadang2 balik tu bukan 24jam tengok mak pun, mak kerja dan kitorang adek beradek asek tengok axn dengan cerita korea je, tapi yati rindu nak jalan jalan pegi Restoran Jaya ke, shopping ke, sambil borak dalam kereta mak complain pasal rakan sekerja mak dan rakan sekolah yati, pasal adik2, pasal politik pasal masalah dunia, pasal perangai manusia, pasal ni, pasal tu.. dan cerita kitorang masa kecit kecit.. takpelah mak ulang banyak kali pun yati suka dengar mak cerita.

Mak oh mak,
Yati rindu nak kemas opis mak yang penuh dengan file cukai syarikat juta juta lemon,
yati rindu nak tolong mak type nombor file syarikat juta juta lemon dalam komputer mak,
yati rindu nak sembunyi tidur belakang kerusi mak waktu mak ada meeting dengan boss mak sampai mak pun tak ingat yati ada kat ofis mak, (aku ni memang keje tido je eh?)
yati rindu mak tapi yati harap boss mak tak baca blog yati lah, 
nanti kantoi pulak silapsilap kene potong!potong apa? Potong gaji lah! 
tapi insya-Allah tak kot sebab nenek selalu doakan mak naik pangkat haha sorry lah mak yati curi pasang telinga masa buat buat tido kat rumah nenek kat johor. (tu dia ‘tido’ lagi)

ala la la la mak, ala ala la mak mak (baca sambil nyanyi lagu alalalalatok jangan saman)
Yati rindu nak kemas handbag mak yang sentiasa penuh dan berat tu tak kiralah besar atau kecik, 
ia macam tempat persembunyian harta karun je tapi yati suka godek godek handbag mak, yati ikhlas mak, siyes ni walaupun tak dapat upah yati bangga sebab yati boleh cakap 
“ini genetik lah”
bila kawan asek tanya kenapa kau suka bawak beg besar dan isi macam-macam barang. Tapi kan mak, yati belum pernah lagi bawak tukul dalam handbag macam mak buat. Mungkin suatu hari nanti lepas yati ada anak dan nak hantar anak pegi asrama kot.ha ha mak mak. yati bangga dengan mak. dan handbag mak.

Mak aku dan ‘handbag’

Mak, mak,
Yati rindu kat mak sebab kadang kadang bila yati frust dengan orang sekeliling yang suka sakitkan hati yang mudah sangat sensitip ni mak mesti kasi yati idea untuk bagi jawapan yang kaw kaw punya, walaupun dah terlambat yati kasitau kat mak dan terlambat mak kasi jawapan tapi yati lega sebab ada geng macam mak dan yati simpan jawapan tu mana tahu orang tu buat lagi kan mak kan.

Maaakkk,
Yati tahu yati jarang email mak macam ani, yati segan dan yati tak ada lah cerita best untuk mak, dah la jarang sms, call apatah lagi, tapi yati selalu teringat kat mak abah, ani azi shila saidah latep amoroi the enau takoscos akochoii dengan majid kadang kadang sampai nangeh sorang sorang heee tak maluu da besa pon nangeh! Tapi yati rindu kat mak, nak balik tak bolih, ni semua salah FK lah ni dan salah aku makan steak banyak sangat sampai miskin.

yati yang duduk jauh ni cuma mampu doa je supaya Allah tolong jaga mak ngan abah, kadang-kadang sms, lepas tu terus tido walaupun tertinggal doa sebelum tido dengan harapan tak tekan snooze banyak kali lah!

Lepas menguap sambil tak tutup mulut aku pun terus tido lepas hantar message cinta to WAWI dan Abah Nadzir sambil terlupa baca doa sebelum tido!


hah hah siapa yang baca sampai habis tu? mentang-mentang lah aku tulis 18 tahun ke atas sahaja pakai tulisan merah semua pun mahu baca kan? yang tak baca bagus, kau memang innocent gile.. yang baca pun lagi baguss kau langsung tak innocent! ha ha tapi kesian mata kau orang kena tadah baca tulisan.

ps: Sorrylah rakan rakan aku tak stabil terpaksa tulis entry emo nih kat blog sebab malu nak cerita kat mak, korang jangan ah bising suruh aku pendekkan post ke suka aku lah aku buat blog ni sebagai therapy untuk aku supaya aku tak mudah bekeng dan suka marah marah orang! 
Haha padan muka kalau ada siapa yang pernah kena marah ngan aku. Sorry lah.
Ai baru je nak buat blog ni nyaahh..(bolih lah baca dengan gaya lelaki yang solehah)

Oh ye, doakan parents ngan nenek johor aku selamat pergi dan pulang dari buat umrah ye 18 Mac ni! Oh my gucci, lusa!?

Eh, harini kau orang dah contact mak ke belum? Rajin-rajinlah doakan mak ngan abah kau orang dan jaga hati mereka lagi-lagi yang 'berumur' pasal kita ni makin tua makin sensitip. macam aku lah sikit sikit sensitip sikit sikit merajuk tamparan diri mahu? eh tercerita pasal aku pula.

Rasulullah pernah pesan, maksud dia:




 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

hah, lepastu terdengar suara Nabil pulak cakap, 
"Lu fikirlah sendiri!"


Ai sayang mak ai tapi ai malu lah nak cakap nyaahh..!!

Thursday, March 11, 2010

Procrastination dan MasturB

Aku terbaca satu quote yang adik aku pernah letak kat status YM dia,,

'Procrastination is like masturbation.  At first it feels good, but in the end you're only f %$*&^ yourself.'


Apa procrastinate tu?

Aku tanya pakcik Camjambatan dia cakap procrastinate is to keep delaying something that must be done. (Cambridge Advanced Learner’s Dictionary)

Aku paham maksudnya adalah berlengah-lengah buat kerja lah kan, kan, betul tak ni? Kalau salah bagitau.

Masturbation plak, aaa… aa…….

arggh lu cari lah sendiri!

Maka al-kisahnya suatu hari di pagi yang indah sejuk lagi berkabus di jatinangor (haha jangan jeles orang malaysia yang panas! :p ) aku pun bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam dah cukup tidur tapi malas nak bangun..adeh.. Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!

Set alarm kat handphone made in China, buy in Johor boleh buat 5 alarm semuanya aku set supaya aku boleh tidur selama 20 minit (konon konon nak nap lah padahal baru bangun nak nap apekebendenye entah?).

Alarm:
6.21am, 6.23am << untuk 20 minit lebih sikit, tapi takut tak terbangun,
6.33, 6.42 << tapi mana lah tahu terlajak sikit,
7.02 << ini kalau tak bangun lagi tak tahulah.

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tak terlajak tidur aku alihkan kipas ke laptop supaya laptop tak panas dan aku tak selesa sangat dan pakai selimut tebal supaya aku tak selesa sangat juga. Kalau lena sangat tido tu, amik kau kepanasan! Ini sebagai langkah berjaga lah.

20 minit pun perlalu…

30 minit..

Ini satu hal lagi, aku ni suka benar dengan butang snooze. Lagu shinee ring ding dong, f(x) chu, super junior noerago, super junior sorry sorry answer semuanya dah berbunyi lebih kurang 10 kali tapi aku tetap sabar sambil tekan snooze. Ini kadang kadang aku tak pasti lah, sama ada dalam mimpi, separuh sedar atau sengaja tekan snooze ni. Tapi rasanya lebih banyak separuh sedar, maksudnya sedar tapi buat buat tak sedar kot. Mungkin juga lagu-lagu tu yang membuaikan aku untuk tido lebih lama.

Aku kena contohi mamat ini. Tapi pastikan guna yang sterile!

Dan aku pun terjaga dengan panasnya (sebab tadi kan konon konon ambil langkah berjaga-jagalah tapi tak terjaga pon!!)

'Aku' bangun dan tengok jam.

OMG pukul 7.30! (frust sikit)

Cepat cepat mandi (ok lah aku tipu je, aku tengok laptop dan check facebook dulu). Oh hari ini tak ada kelas, cuci toilet sikit lah. Jom berus dinding, lantai, sinki dan jamban. Alang-alang menyeluk ikan masak pekasam lepas syempu rambut jum lah pakai conditioner skali supaya rambut tidak kering dan berkilat sebab selalunya malas sebab ada kelas. Ok kat sini dah ambil masa 30minit sekarang dah pukul 8 lebih (mungkin lebih sebab pergi check facebook dulu tadi).

Argh perut dah berkeroncong ni teringat mak pesan apa apa pon kena makan breakfast sebab breakfast itu penting supaya tak lapar sangat waktu tengahari dan lunch juga penting supaya tak lapar sangat waktu malam dan ini penting supaya kenyang sampai tak perlu makan malam dan tak gemuk!

Oklah supaya tak lama sangat masak dan boleh study lama sikit kita goreng hot dog je lah ye yati? Hmm amik lah 3ulas hotdog dan potong kecikkecik dan goreng lah ish goreng hotdog pon kena cerita sampai satu perenggan juga ke yati?

Ok hotdog dah siap disajikan bersama mocchacino panas lalu aku makan lah sambil tengok American Idol. Ada seorang yang aku minat tapi tiba tiba dah keluar awal-awal mungkin sebab dia ada cakap bahasa mexico lepas performance dan orang america pun tak berapa lah nak undi aku rasa lah. Ok dah habis, jum lah study, masih sempat lagi ni sebelum tutorial pukul 1 nanti.

Tutorial pukul 1. Presentation. Presentation. Break. Baca page seterusnya. LI baru. Balik pukul 3.30pm lebih sikit nak dekat pukul 4. Cuaca mendung. Sebab tak lunch sebelum pergi tutorial tadi, lapar.

Sampai pon rumah nasib baik tak hujan lagi. Lapar gila, jadi masak lah masakan simple je lah ayam masak kicap mungkin sebab homesick dan rindu mak punya ayam masak kicap. Sambil makan kena tengok movie sebab dah terbiasa kat rumah buat macam ni. Ok lah sebenarnya alasan je sebab malas nak belajar sambil makan lagipon bukan boleh masuk pon, makanan je yang berjaya masuk dalam perut. Alasan lagi. Kemudian laptop aku tutup supaya tidak lagi melayan nafsu malas ini dan mula bersemangat untuk study.

Hujan dah mula lebat, bunyi guruh makin kuat, kilat sabung menyabung. Cis tak jadi pula cubaan membuat pantun 3 kerat.

Kilat tiba tiba memancar terang macam lampu putih kemudian tiba-tiba bilik bergegar sebab guruh yang sangat kuat telah berbunyi 2 kali. Aku percaya penduduk jatinangor, lebih specific penghuni Browenely masih ingat kisah kilat ini terutama akochoi tengku sebab dia terus kuar bilik sambil buat suara macam nak nangis tapi sebenarnya tak nangis pon. itu siapa tahu?hehe. Ini aku masih ingat juga sebab masa ni tengah sembahyang magrib dan tengah nak rukuk (sambil dengar suara akocoi) tapi macam takut takut sebab guruh kuat sangat tapi rukuk jugak lah. Kalau nak mati pun asalkan dah semayang magrib!

Tiba-tiba…

Argh blackout lah pula kan terbaik lah kau ni jatinangor timing memang betul dah tu, waktu aku mula nak study lah kau nak blackout kan kan??

Waktu blackout mula terisi dengan aktiviti silaturrahim (procrastination secara berjemaah) Browenely dengan permainan brain teaser oleh Ayu, makan popia oleh Zila dan Jeje, sambil tengok cerita katun Sinbad disajikan oleh Nurul melalui laptop beliau. Aku ni bukan nya bosan dengan cerita tu tapi macam biasalah kalau tengok cerita malam-malam ni biasanya tengok separuh je (kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai) sebab tertido. Kemudian bila aku ingat nak sambung tido dalam bilik masa tulah eletrik ada balik. Orang lain bersyukur ada letrik tapi aku geram sebab tengah ngantuk.

Aku pun berkata lagi dalam hati, “Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!”

Macam-macam hal!

Pengajaran:

Set lah alarm berapa banyak pon tapi kalau dah kerja suka berlengah nak study asek postpone kau janganlah berangan nak bangun! Huwaaaa yatiiii yatiiiiii… kau nak tahu tak,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya “Dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ini konon konon aku tengah procrastinate.

Tapi masalahnye yati, ini bukan masa lapang dah, exam semakin dekat tapi kau masih tidur walaupun dengan buku tapi hakikatnya kau sedang tidur! Kalau mimpi pasal hematopoiesis ke Systemic Lupus Erythematous ke tak apa juga tapi ini kau mimpi mengarut kena kejar hantu lah dapat baby lah buat apaa huwaaaa yati kau dah tertipu seperti kebanyakan manusia!

Cara tidur aku waktu dengar lecture supaya tak kantoi. Apa kantoi kantoi, kantoi dalam exam takut tak yati?

Takut, takut. Ok ok sekarang tiada masa lagi untuk procrastinate, tiada masa lagi untuk mandi lama-lama atau masak makanan yang sedap tapi complex.sabar itu bagus yati tapi kena bertempat. Jangan lah kau sabar dan snooze banyak kali..adoi kau ni yati macam-macam hal. Apa yang penting adalah kerjasama! jangan buang masa lah.

Nabi Muhammad s.a.w. ada pesan lagi maksudnya: 
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara.
Peluang masa mudamu sebelum tuamu; peluang masa sihatmu sebelum sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum matimu.”

Dan peluang baca buku, sebelum tak ada letrik!

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Yati, jangan procrastinate!


Ps: cerita ni aku ada ubah sikit supaya bagi sedap jalan cerita. He he.
Related Posts with Thumbnails