Monday, February 25, 2013

6 months left.

Bismillah.

Besok aku start magang. magang tu practical dekat hospital luar bandar..
maka bermulalah perjalanan magang selama 6 bulan, hospital pertama Rumah Sakit Umum Banjar..

Duduk sini 2 bulan, bermula dengan Surgery, next Obgyn.. mudah-mudahan lancar semuanya..

Perjalanan dari Bandung ke Banjar naik kereta 4jam.. sebab ada satu jalan je..kalau kat Malaysia ada highway, boleh ikut jalan dalam, kat sini ada satu je jalan,, Jalur Selatan kalau tak salah nama die..

Maka banyak lah mentadak dan siput bubby seperti lori kontena, bas, lori bawak ayam dan sebagainye..

Aku pulak jenis penakut kalau driver potong lori aku kecut perut. dengan jalan pulak macam ular kena palu..bila ada mentadak kat depan jammed lah sampai 2 meter..bila jalan dah clear, belobang lobang pulak..sabar je la haha.

Mudah-mudahan semuanya lancar belaka..betulkan niat..mentang mentang Banjar dah dekat dengan Pangandaran..duk fikir nak main pantai la, pegi green canyon la..haha.


 green canyon!

Best sangat..terjun tebing..pastu hanyut je sepanjang sungai tu..dalam wo..kaki tak cecah! woi woi takyah nak ejek aku pendek..sape yg tinggi pon tak cecah dasar la wey..

 oi salah niat!haha ni sampingan je..okay okay i'll try to remember that!

Mudah-mudahan dapat lebih banyak skills kat hospital luar bandar ni..lagi banyak dapat dari Hasan Sadikin.. doctor baik, bidan baik, nurse bak, ilmu lekat kat kepala..ikhlaskan hati..dapatkan sebanyak-banyak ilmu yang boleh..tak lama lagi dah,,6 bulan lagi, pejam celik dah selesai..amin..pasni boleh tinggal kat Malaysia, duk dekat ngan family..mudah-mudahan semua lancar..amin..

doakan aku! 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails