Aku terbaca satu quote yang adik aku pernah letak kat status YM dia,,
'Procrastination is like masturbation. At first it feels good, but in the end you're only f %$*&^ yourself.'
Apa procrastinate tu?
Aku tanya pakcik Camjambatan dia cakap procrastinate is to keep delaying something that must be done. (Cambridge Advanced Learner’s Dictionary)
Aku paham maksudnya adalah berlengah-lengah buat kerja lah kan , kan , betul tak ni? Kalau salah bagitau.
Masturbation plak, aaa… aa…….
arggh lu cari lah sendiri!
Maka al-kisahnya suatu hari di pagi yang indah sejuk lagi berkabus di jatinangor (haha jangan jeles orang malaysia yang panas! :p ) aku pun bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam dah cukup tidur tapi malas nak bangun..adeh.. Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!
Set alarm kat handphone made in China, buy in Johor boleh buat 5 alarm semuanya aku set supaya aku boleh tidur selama 20 minit (konon konon nak nap lah padahal baru bangun nak nap apekebendenye entah?).
Alarm:
6.21am, 6.23am << untuk 20 minit lebih sikit, tapi takut tak terbangun,
6.33, 6.42 << tapi mana lah tahu terlajak sikit,
7.02 << ini kalau tak bangun lagi tak tahulah.
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tak terlajak tidur aku alihkan kipas ke laptop supaya laptop tak panas dan aku tak selesa sangat dan pakai selimut tebal supaya aku tak selesa sangat juga. Kalau lena sangat tido tu, amik kau kepanasan! Ini sebagai langkah berjaga lah.
20 minit pun perlalu…
30 minit..
Ini satu hal lagi, aku ni suka benar dengan butang snooze. Lagu shinee ring ding dong, f(x) chu, super junior noerago, super junior sorry sorry answer semuanya dah berbunyi lebih kurang 10 kali tapi aku tetap sabar sambil tekan snooze. Ini kadang kadang aku tak pasti lah, sama ada dalam mimpi, separuh sedar atau sengaja tekan snooze ni. Tapi rasanya lebih banyak separuh sedar, maksudnya sedar tapi buat buat tak sedar kot. Mungkin juga lagu-lagu tu yang membuaikan aku untuk tido lebih lama.
Aku kena contohi mamat ini. Tapi pastikan guna yang sterile!
Dan aku pun terjaga dengan panasnya (sebab tadi kan konon konon ambil langkah berjaga-jagalah tapi tak terjaga pon!!)
'Aku' bangun dan tengok jam.
OMG pukul 7.30! (frust sikit)
Cepat cepat mandi (ok lah aku tipu je, aku tengok laptop dan check facebook dulu). Oh hari ini tak ada kelas, cuci toilet sikit lah. Jom berus dinding, lantai, sinki dan jamban. Alang-alang menyeluk ikan masak pekasam lepas syempu rambut jum lah pakai conditioner skali supaya rambut tidak kering dan berkilat sebab selalunya malas sebab ada kelas. Ok kat sini dah ambil masa 30minit sekarang dah pukul 8 lebih (mungkin lebih sebab pergi check facebook dulu tadi).
Argh perut dah berkeroncong ni teringat mak pesan apa apa pon kena makan breakfast sebab breakfast itu penting supaya tak lapar sangat waktu tengahari dan lunch juga penting supaya tak lapar sangat waktu malam dan ini penting supaya kenyang sampai tak perlu makan malam dan tak gemuk!
Oklah supaya tak lama sangat masak dan boleh study lama sikit kita goreng hot dog je lah ye yati? Hmm amik lah 3ulas hotdog dan potong kecikkecik dan goreng lah ish goreng hotdog pon kena cerita sampai satu perenggan juga ke yati?
Ok hotdog dah siap disajikan bersama mocchacino panas lalu aku makan lah sambil tengok American Idol. Ada seorang yang aku minat tapi tiba tiba dah keluar awal-awal mungkin sebab dia ada cakap bahasa mexico lepas performance dan orang america pun tak berapa lah nak undi aku rasa lah. Ok dah habis, jum lah study, masih sempat lagi ni sebelum tutorial pukul 1 nanti.
Tutorial pukul 1. Presentation. Presentation. Break. Baca page seterusnya. LI baru. Balik pukul 3.30pm lebih sikit nak dekat pukul 4. Cuaca mendung. Sebab tak lunch sebelum pergi tutorial tadi, lapar.
Sampai pon rumah nasib baik tak hujan lagi. Lapar gila, jadi masak lah masakan simple je lah ayam masak kicap mungkin sebab homesick dan rindu mak punya ayam masak kicap. Sambil makan kena tengok movie sebab dah terbiasa kat rumah buat macam ni. Ok lah sebenarnya alasan je sebab malas nak belajar sambil makan lagipon bukan boleh masuk pon, makanan je yang berjaya masuk dalam perut. Alasan lagi. Kemudian laptop aku tutup supaya tidak lagi melayan nafsu malas ini dan mula bersemangat untuk study.
Hujan dah mula lebat, bunyi guruh makin kuat, kilat sabung menyabung. Cis tak jadi pula cubaan membuat pantun 3 kerat.
Kilat tiba tiba memancar terang macam lampu putih kemudian tiba-tiba bilik bergegar sebab guruh yang sangat kuat telah berbunyi 2 kali. Aku percaya penduduk jatinangor, lebih specific penghuni Browenely masih ingat kisah kilat ini terutama akochoi tengku sebab dia terus kuar bilik sambil buat suara macam nak nangis tapi sebenarnya tak nangis pon. itu siapa tahu?hehe. Ini aku masih ingat juga sebab masa ni tengah sembahyang magrib dan tengah nak rukuk (sambil dengar suara akocoi) tapi macam takut takut sebab guruh kuat sangat tapi rukuk jugak lah. Kalau nak mati pun asalkan dah semayang magrib!
Tiba-tiba…
Argh blackout lah pula kan terbaik lah kau ni jatinangor timing memang betul dah tu, waktu aku mula nak study lah kau nak blackout kan kan ??
Waktu blackout mula terisi dengan aktiviti silaturrahim (procrastination secara berjemaah) Browenely dengan permainan brain teaser oleh Ayu, makan popia oleh Zila dan Jeje, sambil tengok cerita katun Sinbad disajikan oleh Nurul melalui laptop beliau. Aku ni bukan nya bosan dengan cerita tu tapi macam biasalah kalau tengok cerita malam-malam ni biasanya tengok separuh je (kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai) sebab tertido. Kemudian bila aku ingat nak sambung tido dalam bilik masa tulah eletrik ada balik. Orang lain bersyukur ada letrik tapi aku geram sebab tengah ngantuk.
Aku pun berkata lagi dalam hati, “Ok lah yati aku kasi chance kau tidur sekejap lah kan supaya kau tak ada alasan lagi untuk mengantuk lepas bangun dan boleh study dengan penuh semangat sedarlah nak dekat exam!”
Pengajaran:
Set lah alarm berapa banyak pon tapi kalau dah kerja suka berlengah nak study asek postpone kau janganlah berangan nak bangun! Huwaaaa yatiiii yatiiiiii… kau nak tahu tak,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya “Dua nikmat daripada nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)
Ini konon konon aku tengah procrastinate.
Tapi masalahnye yati, ini bukan masa lapang dah, exam semakin dekat tapi kau masih tidur walaupun dengan buku tapi hakikatnya kau sedang tidur! Kalau mimpi pasal hematopoiesis ke Systemic Lupus Erythematous ke tak apa juga tapi ini kau mimpi mengarut kena kejar hantu lah dapat baby lah buat apaa huwaaaa yati kau dah tertipu seperti kebanyakan manusia!
Cara tidur aku waktu dengar lecture supaya tak kantoi. Apa kantoi kantoi, kantoi dalam exam takut tak yati?
Takut, takut. Ok ok sekarang tiada masa lagi untuk procrastinate, tiada masa lagi untuk mandi lama-lama atau masak makanan yang sedap tapi complex.sabar itu bagus yati tapi kena bertempat. Jangan lah kau sabar dan snooze banyak kali..adoi kau ni yati macam-macam hal. Apa yang penting adalah kerjasama! jangan buang masa lah.
Nabi Muhammad s.a.w. ada pesan lagi maksudnya:
“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara.
Peluang masa mudamu sebelum tuamu; peluang masa sihatmu sebelum sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum matimu.”
Dan peluang baca buku, sebelum tak ada letrik!
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
Yati, jangan procrastinate!
Ps: cerita ni aku ada ubah sikit supaya bagi sedap jalan cerita. He he.















